Ceburi Bidang Perniagaan, Lia Natasha Tak Sangka Kasutnya Dapat Sambutan


Lia Natalia mahu buat bisnes kasut sebagai 'back up plan'


By Syafiqah Azman

Finalis program Pilih Kasih musim ke-2 yang kini sudah menempa nama dalam industri lakonan dan permodelan mengakui kini dirinya sibuk dengan minat baharunya iaitu perniagaan. 

Eh apa jadi terhadap minat dalam berlakon? Dah berhenti ke? 

Ketika ditemui di majlis pelancaran TheFlickStore X Lia Natalia di Panggung Asia, Gombak, Kuala Lumpur tidak lama dahulu, Lia atau nama sebenar Alia Afiqah Abden, 27, berkata bahawa dia ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perniagaan. 

“Lia sendiri tak sangka dapat sambutan besar macam ni. Alhamdulilah orang cakap rezeki, jadi lepas ni memang Lia nak fokus dalam bidang perniagaan kasut ni,” jelasnya ketika sesi sidang media. 


Turut difahamkan, kasut keluaran Lia yang berkolabarasi bersama TheFlickStore kini sudah hampir habis dijual walaupun masih lagi dalam status ‘pre order’. 

Memang barang ‘panas’ betul la koleksi kasut Lia Natalia ni kan? 

“Inspirasi kasut ni Lia dapat apabila Lia sendiri fikir kasut ni kita pakai hari-hari dan bagi Lia, ketinggian itu memberi keyakinan tapi nak selesa juga betul tak, tak nak melecet, jadi sebab tu Lia keluarkan kasut koleksi ‘platform’ dan ‘wedges’ ni,” tambahnya lagi. 


Pelakon filem Busker ini turut menyatakan bahawa keselesaan si pemakai sangat penting sehinggakan dia terpaksa menukar rekaan kasut koleksinya sebanyak empat kali sebelum benar-benar berpuas hati.  

Senang cakap memang tak rugi la ya kalau beli kasut dari koleksi Lia Natalia ni kan? 


Koleksi yang mempunyai tiga rekaan berbeza datang dengan empat warna, hanya datang dalam 1,000 pasang kasut bermula dengan harga RM179 sahaja. 

Ha, siapa yang nak dapatkan koleksi istimewa kasut dari Lia Natalia ni dapatkan cepat-cepat sebab kalau lambat memang kempunan la! Ada seribu pasang je ha! 

Sementara itu, Lia turut berkongsi mengenai perkembangannya dalam bidang lakonan yang kini baru sahaja habis membuat pengambaran drama di Sandakan, Sabah. 

“Lia baru sahaja habis sesi pengambaran drama Manis Agnes Jam 5 yang bersiaran di RTM, tapi bulan puasa  ni Lia akan kurangkan ‘shooting’ dan fokus kepada amal ibadah,” ujarnya.