Isu Pukul Anak, Aliff Syukri Nasihat Jaga Tepi Kain Sendiri


Aliff Syukri masih percaya cara didikan lama merotan anak untuk mengajar mereka


By Syafiqah Azman

Gara-gara memuat naik video merotan anak perempuannya di media sosial Instagram, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dikunjungi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) baru-baru ini di pejabatnya. 

BACA: Sampai Birat Aliff Syukri 'Kerjakan' Anak Perempuannya Kerana Buka Tudung, Patutkah...? 

Malah, tindakan  Aliff yang keterlaluan merotan anak perempuannya, Qadeejah kerana membuka tudung di hadapan tetamu lelaki itu telah mendapat kecaman netizen sehinggakan isu ini meraih tumpuan seorang anak Menteri. 


Difahamkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis ke atas tindakan usahawan kosmetik tersebut kerana ia g dianggap sebagai suatu penderaan fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang baharu sahaja menginjak usia 9 tahun itu. 

Menerusi laporan Kosmo online, laporan polis telah dilakukan di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya oleh Protect and Save The Children (P.S The Children) yang merupakan ahli Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM). 

“Saya sedar akan kesilapan saya dan bersedia memberikan kerjasama kepada pihak polis dan juga JKM,” ujarnya. 

Aliff yang mengakui kesilapannyaturut membuat  permohonan maaf kerana tindakannya itu telah menyinggung perasaan dan emosi beberapa pihak tertentu. 

“Saya mengaku saya agak tegas dalam mendidik anak saya kerana jarang berjumpa mereka. Tapi itu memang cara saya didik anak saya, jadi saya mohon maaf kerana saya memang jahil dan banyak kekurangan,” katanya lagi. 

" target="_blank">

Manakala, menerusi video yang dimuat naik oleh Kosmo online, anak perempuannya itu difahamkan menangis bukan kerana kesakitan yang dialaminya tetapi kerana perasaan terharu apabila ayahnya, Aliff mengambil berat terhadap dirinya. 

Mengakui dirinya yang jarang memukul anak-anak, Aliff masih lagi berpendirian teguh dengan cara didikan lama seperti merotan sebelum menyesal di kemudian hari. 

“Saya memang mengakui kesilapan saya tapi nasihat saya sebelum menyibuk hal tepi kain orang lain, lebih baik jaga tepi kain sendiri terlebih dahulu,” katanya. 

Apa pun, perkara sebegini kita jadikan iktibar dan buat ibu bapa di luar sana, tidak semua kesalahan harus diakhiri dengan tindakan merotan atau memukul anak, betul tak?