Terjun Dari Tingkat Dua, Punca Ligamen Kaki Hairul Azreen Koyak


Hairul Azreen mengalami kecederaan kaki mengakibatkan ligamen kaki kanannya koyak ketika sesi pengambaran filem baru berjudul Wira


By Syafiqah Azman

Gara-gara ingin melakukan aksi terjunan dari bangunan setinggi dua tingkat bagi filem terbarunya, pelakon Hairul Azreen difahamkan telah mengalami kecederaan sehingga melibatkan ligamen kakinya koyak. 

Menerusi media sosial Instagram, Hairul, 31, telah memuat naik satu posting pada Jumaat berkongsi berita tersebut dengan pengikutnya. 


“Ligamen kaki saya koyak masa buat stunt terjun dari tingkat 2, doakan saya boleh kembali beraksi semula untuk filem Wira,” tulisnya. 

Menerusi posting tersebut, pelakon filem Paskal ini telah berkongsi beberapa foto menunjukkan imbasan X-Ray keadaan kakinya sekarang. 

“Terima kasih Hafizul Kamal hantar saya ke hospital dan buat produksi bayarkan bil saya. Hati sedih Tuhan saja yang tahu,” tambahnya lagi. 

Siapa sahaja yang inginkan kejadian seperti ini berlaku, betul tak? Mesti ‘frust’ gila. 


Sementara itu, Hairul kini terpaksa memakai alat bantuan khas iaitu splint kaki bagi menyokong kakinya. 

Kalau sebelum ini Hairul mengalami kecederaan patah jari di tangan kanannya ketika pengambaran filem Paskal kali ini berpindah pula ke bahagian kaki ya? Memang ternyata pelakon ni tak pernah berehat dan memang 'all out'! 

Perkongsian yang dilakukan oleh suami kepada Hanis Zalikha ini telah mendapat perhatian ramai rakan-rakan artis dan secara tidak langsung mendoakan kesihatannya agar kembali pulih. 

Hairul kini sibuk dengan pengambaran filem aksi terbaru berjudul Wira di bawah arahan Adrian Teh. 

Apa pun, kita doakan yang terbaik buat kesihatan Hairul dan semoga segalanya berjalan lancar buat pengambaran filem Wira ini.