Fesyen Karpet Merah Billboard Music Awards 2019 - Nay or Yay?


Selebriti di karpet merah Billboard Music Awards (BBMAS) 2019


By Syafiqah Azman

Anugerah Billboards Muzik tahun ini memang kelihatan begitu gah! Dengan persembahan daripada Taylor Swift dan Brendon Urie, ke Ariana Grande sehinggalah ke Bangtan Boys (BTS) dan Halsey. 

BACA: Drake Menang Besar, Ini Senarai Penuh Billboards Music Awards 2019

Memang senang cakap gempak habis! Tapi kali ini kita bukan nak cerita mengenai malam anugerah yang diadakan di MGM Garden Arena, Las Vegas, tapi nak cerita mengenai fesyen karpet merah semasa anugerah tersebut. 

1. Bangtan Boys (BTS) 


Kumpulan muzik lelaki popular dari Korea Selatan yang menjadi kegilaan wanita seluruh dunia ini membuat kemunculan dengan masing-masing menggayakan sut lengkap. 

Ha boleh buat hati cair tak? 

2. Taylor Swift


Penyanyi, Taylor Swift yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru berjudul ‘Me’ duet bersama Brendon Urie ini membuat kemunculan dengan menggayakan satu gaun pendek mengikut tubuh badannya yang berona ‘violet’. 

Macam dah lama tak dengar nama Taylor Swift nikan? Korang dah dengar belum lagu baru dia? Ha dengar cepat!

3. Halsey