Ini Dia Tips Gaya Rambut Untuk Dicuba Pada Tahun 2019!


Gaya Rambut Yang Pelbagai


By ienaeliena

Anda mahu merubah penampilan yang lebih freshy? Selain daripada menjaga rutin kecantikan danbersenam, gaya rambut juga merupakan salah satu faktor yang penting untuk penampilan diri.

Terdapat pelbagai gaya dan potongan rambut yang menarik dengan pelbagai jenis bentuk yang berbeza. Berikut, merupakan beberapa gaya rambut baru pada 2019 yang boleh anda cuba untuk menampilkan kelainan pada tahun ini .


1. HALF-UP HALF-DOWN


Gaya rambut ini adalah kombinasi gaya sempurna dari kedua-dua bahagian rambut anda. Volume rambut di bahagian atas kepala anda akan membuat kontras elegan dengan rambut di bahagian bawah dibiarkan lepas dengan beralun kelihatan sangat menarik dan menawan mata yang melihat. Ia merupakan gaya rambut yang paling mudah untuk anda aplikasikan walaupun pada hari yang sibuk.

2. BLUNT BOBS


Sekiranya anda masih belum pernah mencuba potongan rambut pendek, tahun 2019 adalah masa untuk anda menggayakan gaya rambut pendek ini. Pemotongan tumpul yang sesuai dengan semua bentuk wajah kerana ia mewujudkan rupa berbentuk yang ketara. Tetapi jika anda ingin aplikasikan gaya rambut ini, pastikan panjang potongan rambut anda sesuai dengan bentuk muka anda untuk keseimbangan sempurna!

3. CURLY HAIR


Sekiranya anda mempunyai rambut kerinting, pastinya anda juga boleh kelihatan bergaya dan menarik perhatian dengan memastikan anda mengekalkan kelembapan gulungan rambut anda agar kelihatan fresh dan cantik bagi menambahkan lagi seri rambut kerinting anda. Rambut kerinting diramalkan akan menonjol pada tahun 2019 berbanding sebelum ini. Ia adalah satu kemestian untuk mencuba salah satu gaya rambut kerinting jika anda tidak pernah melakukannya sebelum ini.

4. TOP KNOTS