9 Pilihan Masjid Terunik Di Dunia Ini Wajib Dilawati


Masjid-Masjid Unik


By mr spiky

Esok,  Ramadhan Al-Mubarak bakal menjelma dan umat Islam seluruh dunia bakal mengerjakan ibadat puasa selama sebulan. Namun begitu, ramai yang tertanya-tanya adakah ini bermakna minat untuk travel harus diberhentikan buat sementara waktu?

Tidak! Siapa kata kamu tidak boleh travel di bulan puasa? Ini adalah peluang untuk kamu membuat sesuatu yang lain dari yang lain dengan melawat tempat-tempat menarik yang berunsurkan kerohanian seperti ‘masjid hopping’ .

Tips! Selain dapat berkunjung ke masjid yang begitu cantik ini, disitu juga turut disediakan sajian berbuka puasa beramai-ramai. Malah itu juga boleh dimasukkan dalam itinerary kamu kerana lain masjid lain tarikan dan juadahnya jadi pastikan 6 masjid ini berada dalam senarai kamu!

1. Masjid Putra , Putrajaya Malaysia


Umum mengetahui sebagai salah satu negara yang majoritinya beragama Islam, terdapat banyak masjid-masjid yang cantik dan unik berada dalam negara. Namun, suka untuk kami tampilkan Masjid Putra sebagai salah satu masjid yang tercantik di dunia. Tidak seperti masjid yang lain berwana biasa dilihat, Masjid Putra atau juga dikenali sebagai Masjid Terapung ini berwarna merah jambu hampir pada keseluruhannya. Tidak hairanlah ianya turut digelar sebagai Masjid Pink.

2. Masjid Istqilal Jakarta, Indonesia


Bukan sahaja merupakan masjid terbesar di Indonesia, malah Masjid Istiqlal ini merupakan yang paling besar di Asia Tenggara.Dibangunkan pada tahun 1951, masjid ini mempunyai keunikannya tersendiri dimana terdapat 12 tiang seri sebagai simbolik kepada hari lahir Nabi Muhammad S.A.W, dan tinggi menara nya juga mencapai ketinggian 66.66 meter bersamaan 6,666 ayat Al-Quran dan juga terdapat 7 pintu masuk yang dinamakan bersempena Asmaul husna.

3. Masjidil Haram , Arab Saudi


Mampu memuatkan 2 juta Jemaah dalam satu masa, Masjidil Haram merupakan masjid yang terbesar di dunia. Sebagai titik pusat umat Islam di seluruh dunia, Masjid ini tidak pernah lekang dengan pengunjung malah menjadi impian semua umat Islam untukberkunjung ke sini.

4. Hagia Sofia ,Turki


Siapa sangka masjid yang tersergam indah ini suatu ketika dahulu merupakan sebuah gereja dan muzium. Selain Hagia Sofia, ianya turut dikenali sebagai Masjid Aya Sofia dan juga Masjid Biru.

5. Masjid Sultan Omar Alli Saifudin, Brunei


Jika kamu ke Brunei, pastikan masjid ini berada dalam Itinerary! Kubahnya yang disaluti emas dan sebuah ‘barj’ di hadapan Masjid Sultan Omar Alli Saifudin merupakan identitinya yang cukup terkenal. Dikatakan. Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran.

6. Masjid Faisal , Pakistan


Mempunyai keluasan mencapai 5,000 meter persegi, Masjid Faisal menduduki tangga ke-9 sebagai masjid yang terbesar di dunia. Reka bentuknya yang unik telah diinspirasikan dari bentuk abstrak, malah empat menara tertingginya juga kelihatan seperti sebatang pensil gergasi!

7. Great Mosque of Samarra, Iraq