Masuk ICU akibat sapu minyak brek untuk sakit gigi!


Pesakit tersebut dikatakan menyapu minyak brek motor kerana sakit gigi - Gambar Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Banyak petua yang diberi atuk nenek, makcik pakcik dan saudara mara kita memang berguna sehingga kini.

Tetapi, tidak dinafikan juga ada diantara petua-petua memang tak boleh digunakan.

Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan penyakit yang serius.

Apabila petua itu digunakan tanpa sebarang nasihat daripada doktor, ia boleh mendatangkan mudarat kepada diri.

Macam baru-baru ini ada seorang lelaki menyapu gigi gerahamnya yang sakit dengan minyak brek motor sehingga mempunyai jangkitan yang boleh membawa maut! 

Ya benar, dia dikatakan menyapu minyak brek motor tersebut kerana mempercayai petua bahawa sakit gigi akan hilang sekiranya menggunakan minyak brek.

Menurut sebuah posting yang tular di Facebook, lelaki tersebut dilaporkan telah lama mengalami sakit gigi dan takut untuk berjumpa doktor gigi lantas mencuba langkah pantas dan berbahaya itu.

Selepas meletakkan minyak brek tersebut buat kali pertama, sakitnya hilang.

Namun selepas beberapa minggu, dia dikatakan menyapu lagi minyak tersebut pada gigi gerahamnya yang sakit tetapi kali ini ia menyebabkan mukanya menjadi bengkak kerana dipenuhi nanah!

Anda boleh baca lanjut perkongsian tersebut di bawah:


Bayangkanlah letak minyak brek motor sampai kena buang nanah dan pipi berlubang. Ngeri!

Berikutan ini, Dr Ib Shah menurusi Twitternya memberi peringatan supaya sentiasa merujuk kepada doktor daripada mempercayai petua yang belum tentu boleh menyembuhkan.

Ada pula netizen yang mengesyorkan agar menggantikan minyak brek motor dengan minyak gamat, essential oil dan sebagainya. 

Tak boleh juga ya. Menurut Dr Ib Shah, apa-apa pun pastikan pesakit mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

Sekiranya anda mengalami sakit gigi, segeralah berjumpa dengan doktor gigi. Jangan dilengahkan, takut melarat pula!

Selidik dahulu petua yang diberi. Lebih elok dengar daripada mulut doktor terlebih dahulu. 

Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur baru nak jumpa doktor...