Netizen persoal kehadiran abang Syed Saddiq sebagai VIP dalam acara E-Sukan


Syed Abdullah Syed Abdul Rahman - Gambar Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Selain Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendapat populariti, abang beliau, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman juga mendapat tempias populariti yang sama.

Sebelum ini, Syed Abdullah pernah disoalkan mengenai hubungannya dengan pelakon terkenal negara, Emma Maembong.

Baca: Syed Saddiq Tenang Jawab Isu Emma Maembong & Syed Abdullah

Kali ini, Syed Abdullah sekali lagi mendapat "lime light" apabila kehadirannya di Sesi Kelayakan Peringkat Akhir bagi Pemilihan Atlet E-Sukan ke Sukan SEA minggu lepas sebagai tetamu kehormat.

Seorang pengguna Twitter, @isasukeyell mempersoalkan sama ada kehadiran Syed Abdullah dengan menggunakan tiket sebagai abang kepada menteri?


Menurut laman Facebook Esports Malaysia, Syed Abdullah merupakan tetamu terhormat yang dijemput bagi menjayakan majlis itu.


Walau bagaimanapun, Syed Abdullah menafikan dia dijemput untuk menghadiri majlis tersebut sebaliknya hanya menonton perlawanan dan memberi sokongan kepada e-sukan.

Berikut merupakan respon beliau.


Syed Saddiq terdahulu turut memberi respon kepada @isasukeyell, namun responnya terus dipadam setelah abangnya memberi respon.


Netizen yang lain turut berpendapat bahawa kehadiran abangnya sebagai tetamu kehormat adalah tidak patut dan sedikit sebanyak telah menunjukkan penyalahgunaan kuasa.


Walau bagaimanapun, pihak organisasi tidak memberi apa-apa respon mengenai isu ini dan hanya memadam nama Syed Abdullah dalam sebuah posting Facebook mereka.