Member punya pasal, sanggup kendong motor atas motor dari PD ke Melaka!


Keadaan Raziq dan rakannya yang mengankut motor di atas motor


By Nadhirah Sofea Rashid

Anda ada tak kawan yang senang sama senang, susah sama susah? Kalau ada, maka beruntunglah!

Ya lah, zaman sekarang bukan senang nak cari kawan sejati, betul tak?

Anda boleh mengambil pengajaran daripda video yang viral di Instagram yang dimuat naik oleh Muhammad Shah Raziq Mohd Salleh atau mesra dipanggil Raziq, yang menarik perhatian ramai baru-baru ini.

Di dalam video viral tersebut, Raziq dirakam sedang menunggang motosikal.

Apa yang lebih menarik adalah, dia membonceng seorang lagi rakannya yang memegang sebuah motosikal lain.

Raziq membawa rakannya dan sebuah motorsikal milik rakannya daripada Port Dickson, Negeri Sembilan ke Melaka.

"Sebenarnya motor kawan rosak, tayar bocor. Semua kedai tutup masa tu. Nak tolak motor dengan kaki pun tak boleh. 

"Jadi kami angkut naik atas motor saya. Kawan duduk belakang sambil pegang motor dia," ujar Raziq. 

Raziq dan rakan-rakannya dilaporkan bertolak pulang ke Melaka daripada PD pada pukul 5 petang dan tiba di Melaka pada pukul 9 malam. 

Pada hari kejadian, mereka berkonvoi sempena cuti Hari Pekerja ke pantai peranginan PD.

Aksi mereka yang mengangkut motor tersebut turut mencuit perhatian ramai pengguna jalan raya. 

Sehingga kini, video itu telah mencecah lebih 12,000 tontonan!