Prince Harry -Meghan Dapat Baby Boy, Ramai Cadangkan Namanya Arthur


Prince Harry, Meghan Markle dan baby boy


Countdown tentang kelahiran Meghan Markle telah pun berakhir. Meghan Markle dan Prince Harry telah pun selamat menimang cahaya mata pertama mereka iaitu seorang bayi lelaki. 

Ya, its a baby boy. Maka punahlah harapan semua untuk mengharapkan kelahiran bayi perempuan yang bernama Diana iaitu sempena nama Princess Diana, ibu kepada Prince Harry. 

Berita tentang kelahiran bayi lelaki itu diumumkan kurang daripada sejam sebaik saja pihak Istana Buckingham mendapat tahu bahawa Meghan yang juga Dutchess Of Sussex itu telah pun dimasukkan ke wad bersalin pada awal Isnin dan Prince Henry telah berada di sampingnya sepanjang proses itu berlaku. 

"Saya dan Meghan sangat teruja untuk mengumumkan bahawa kami telah pun menerima kehadiran bayi lelaki pada pagi ini, bayi lelaki yang sihat. 

"Ibu dan anak berada di dalam kedaana yang sangat baik. Ia adalah suatu pengalaman luar biasa yang pernah saya tempuhi," kata Prince Harry kepada wartawan di Windsor Castle. 

Pada Oktober tahun lalu, kira-kira lima bulan selepas perkahwinan mereka, Harry dan Meghan  mengumumkan bahawa Dutchess Of Sussex itu telah pun hamil ketika pertama kali bercuti di Australia iaitu percutian luar negara pertama mereka sebagai pasangan suami isteri. 

Kini ramai yang menyenaraikan nama yang sepatutnya Harry dan Meghan pilih untuk anak lelaki mereka. Rata-rata mencadangkan nama Arthur iaitu nama tengah milik Prince Charles yang juga datuk kepada si bayi lelaki ini.

Ada yang mencadangkan Albert dan Philip iaiti nama suami Queen Elizabeth, the Duke of Edinburgh. Tidak kurang juga yang memilih nama James, Alexander, Alfred dan Thomas. 

Apapun, pasti ramai teruja dengan kehadiran si bayi yang juga adalah pewaris zuriat kepada keluarga diRaja Britain.