E-Sport Malaysia: Kehadiran abang Syed Saddiq hanya kebetulan!


Syed Abdullah Syed Abdul Rahman ketika menghadiri acara eSport


By Nadhirah Sofea Rashid

Kehadiran abang Syed Saddiq di Sesi Kelayakan Peringkat Akhir bagi Pemilihan Atlet E-Sukan ke Sukan SEA adalah di atas kapasiti peribadi sebagai peminat dan penyokong kepada pembangunan industri sukan elektronik.

Penganjur sesi itu, Persatuan Sukan Elektronik Malaysia, menjelaskan bahawa mereka menghargai dan menghormati kehadiran Syed Abdullah Syed Abdul Rahman sebagai seorang peminat yang sudi meluangkan masa untuk menyaksikan sendiri acara tersebut.  

Menerusi sebuah posting di Facebook, mereka menafikan kehadiran Syed Abdullah dalam acara tersebut adalah hanya sebagai abang kepada menteri. 

Berikut adalah kenyataan penuh:



Kehadiran Syed Abdullah telah menarik perhatian ramai dengan pelbagai persoalan. 


Syed Saddiq juga memberi penjelasan bahawa abangnya tidak mendapat apa-apa jenis layanan istimewa.

Walau bagaimanapun, netizen berpendapat Syed Abdullah seharusnya penolak penawaran menjadi tetamu terhormat pada acara tersebut.