Kalahkan Maroon 5 Di BillBoard Music Awards 2019, BTS Berfoto Dengan Artis Ternama


BTS & Halsey


Anugerah Billboard Music 2019 (Billboard Music Awards) sudah seminggu berlalu. Namun, ia turut meninggalkan kenangan manis buat grup K-Pop yang menjadi idola ramai iaitu BTS. 

Daripada hanya satu kategori iaitu Top Social Artist yang dimenangi mereka pada tahun lalu, kini kategori yang dimenangi bertambah. 

Selain mendominasi Top Social Artist untuk dua tahun berturut-turut, mereka juga turut memenangi kategori Top Duo/Group dengan menewaskan artis antarabangsa seperti Dan + Shay, Imagine Dragons, Maroon 5 dan Panic! At The Disco.

Wow...Tahniah..tahniah... 

Jika tahun lalu mereka mempersembahkan lagu Fake Love, tahun ini pula mereka telah membuat kelainan dengan bergabung bersama Halsey untuk membawakan lagu Boy with Luv. 

Menariknya,  BTS yang terdiri tujuh anggota yang terdiri daripada  Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V, Jungkook juga kali ini berkesempatan untuk mengambil foto kenang-kenangan bersama beberapa idola antarabangsa. 

Jom kita check it out gambar-gambar BTS bersama artis antarabangsa ini. 

Bersama Madonna 


Bersama Drake 


Bersama Cardi B 


Bersama Ciara dan anaknya 


Bersama Becky G