Selebriti Bergaya Unik dan Mengerikan di Met Gala 2019, New York


Selebriti Hollywood di Met Gala 2019


Fesyen, selebriti dan dunia hiburan memang tidak dapat dipisahkan. Pada acara Met Gala 2019 yang telah didakan di Museum of Arts in New York pada Isnin lalu, beberapa selebriti tampil dengan gaya yang cukup unik, mewahm menawan serta mencuri perhatian. 

Met Gala 2019 yang merupakan parti kostum yang telah menjadi tradisi untuk disambut pada Isnin pertama dalam bulan May di muzium tersebut kali ini bertemakan Camp: Notes on Fashion. 

Inspirasi tema ini tercetus hasiul daripada karangan Susan Sontag pada 1964 yang bertajuk Notes On Camp. Di dalam karanganya itu, Susan mendefiniskan 'camp' itu sebagai: esensi kepada Camp adalah cinta yang tidak wajar, artifak dan keterlaluan. 

Susan juga menjelaskan bahawa ia adalah suatu fenomena yang tidak mampu dirungkaikannya. Memperkatakannya tentangnya dengan lebih lanjut seolah-olah seperti mengkhianatinya.  Tema ini telah dipilih Costume Institute untuk pameran Spring dan tetamu gala dialu-alukan untuk menyertainya. 

Lady Gaga berjaya mengejutkan semua orang apabila tampil di runway dengan pink fuchsia gaun beserta bulu mata yang panjang dan kemudian perlahan-lahan menanggalkan bajunya itu kepada gaun hitam. Tindakan Lady Gaga yang cukup spontan dan bergaya itu mendapat tepukan daripada Editor In-Chief Vogue, Anna Wintour. 


Namun Lady Gaga masih belum selesai. Dari gaun hitam, ia bertukar kepada dress pink fushia yang sendat sebelum menanggalkanya sehingga tinggal baju dalam dan seluar dalam sahaja. 




Gaga tidak keseorangan, Jared Leto turut berjaya mencuri tumpuan apabila tampil dengan kepala palsu yang menyerupai dirinya. Manakala Zendaya pula membuat ramai yang terpempan apabila mengenakan gaun Cinderella berwarna keperakan ciptaan Tommy Hilfiger. Zendaya turut menanggalkan kasut kacanya sewaktu dalam perjalanan menyertai majlis cocktail. 




Penyanyi Katy Perry mengenakan dress berbentuk chandelier ciptaan Keremy Scott untuk Moschino dan ibarat membawa lampu-lampunya sendiri di laluan karpet pink itu. Harry Styles pula tampil dengan baju lace Gucci yang jarang dan see-through.