Challenge baru- selfie lipas di atas muka!


Cabaran lipas - Gambar Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Bila sebut pasal lipas, ramai yang akan lari.

Bayangkan seekor lipas lalu di depan anda...terkejut tak?

Lagi-lagi lipas yang boleh terbang tu! Eew!

Tapi rasanya kalau anda nak kuasai rasa takut kepada lipas tu, anda boleh lah try satu challenge yang tengah trending ni.

Seorang pengguna Facebook, Alex Aung telah viralkan selfienya dengan seekor lipas di atas mukanya.

Ingatkan tak ramai yang berani sahut cabaran ni, rupanya ramai!

Ruangan komen Alex dipenuhi dengan banyak gambar selfie yang dikongsi pengguna Facebook yang lain. 

Ada yang sampai selfie dengan lipas di mulut! Eh, tapi macam lipas mainan je??

Ini beberapa lagi pengguna Facebook yang berani menyahut cabaran yang kotor dan menggelikan ini!

Image may contain: 2 people, people smiling, selfie and close-upImage may contain: 1 person, smiling

Ha, ada yang berani nak sahut cabaran ni tak? Jangan sampai termakan lipas!