Adira Suhaimi Tidak Sedar Hamil 5 Bulan Sehingga…


Adira Suhaimi kongsi pengalaman hamil anak ketiga


By Syafiqah Azman

Penyanyi Adira Suhaimi berkongsi bahawa dia langsung tidak menyedari tentang kehamilan anak ketiganya  sehinggalah dia berjumpa dengan doktor. 

Menurut isteri kepada ahli usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan Datuk Red ini, dirinya tidak mengalami sebarang alahan ataupun ‘morning sickness serta perutnya juga tidak membesar, saat hamil anak ketiga ini. 

BACA: "Kalau tak bahagia takkan dia mengandung kan...." - Datuk Red

Mana tidaknya, Adira kan kecil comel molek je betul tak? Jadi memang kadang-kadang wanita bersaiz kecil ni pun tak perasan mereka hamil sehinggalah jumpa doktor sendiri. 

“Ini bukanlah kali pertama saya mengandung ketika berpuasa dan sejujurnya saya tidak tahu yang saya sedang hamil kerana langsung tiada alahan dan perut pun leper sahaja,” jelasnya menerusi mStar online. 

Adira atau nama sebenar Siti Adira Suhaimi, 28, menjelaskan bahawa berita tersebut diketahuinya sehinggalah dia berjumpa doktor dan doktor mengesahkan usia kandungan kini telah memasuki lima bulan. 

“Bila doktor tekan perut, baru tahu ada baby,” katanya lagi.

Rasa-rasa baby boy ke girl ya? Ke Adira sendiri tak kisah? 


Bagaimanapun, Adira mengambil keputusan untuk merahsiakan jantina anaknya dan berkongsi bahawa dia tidak kisah jika dikurniakan anak lelaki atau perempuan kerana dia sudah pun mempunyai sepasang cahaya mata. 

Tak kisah la jantina apa, asalkan keadaan kandungan dan ibu mengandung sihat kan? 

Tambahnya lagi, dia langsung tidak menolak rezeki Allah SWT sekiranya dikurniakan anak yang ramai. 

“Saya seronok kalau anak ramai, cuma awal-awal tu mungkin susah sikit,” jelasnya. 

Penyanyi lagu Pujaan Hati ini berkahwin dengan Datuk Red sebagai isteri kedua di Songkla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Anggerik, 2 dan Assan, 8 bulan.