Waris Akui Dulu Sering Tinggal Puasa Sampai Isteri Kecewa


Waris akui tinggal puasa dahulu gara-gara tergoda lihat air


By Syafiqah Azman

Isteri mana sahaja yang tidak kecewa kalau dah nasihat berkali namun serupa macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan, ye dak? 

Penyanyi rap popular, Waris mengakui dirinya sering tinggal puasa sewaktu bulan Ramadhan sehingga membuatkan isteri kecewa terhadap sikapnya itu. 


Waris atau nama sebenar, Muzammil Alias, 30, mengaku bahawa tahun lepas merupakan tahun pertamaa dia  berpuasa penuh dan berazam ingin meneruskan niatnya itu tahun ini. 

“Sejujurnya tahun lalu merupakan pertama kali saya berpuasa penuh,” jelasnya menerusi BH online. 

Tambah penyanyi lagu Gadis Jolobu ini, isterinya, Izzati Amirah Kamaruddin merupakan salah satu dorongan kuatnya untuk berpuasa penuh. 

“Alhamdulilah, tahun lalu atas dorongan daripada isteri saya berjaya puasa penuh buat pertama kali dan sejujurnya memang saya sebelum ini tidak pernah berpuasa penuh,” katanya. 

Waris dan isteri, Izzati berkahwin pada 1 Ogos 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mudassir, 3, Tihani Izz Nina yang kini berusia genap sembilan bulan. 

Kongsi Waris lagi, punca utamanya sering tinggal puasa adalah kerana dia mula berniaga menjual air di bazaar Ramadhan beberapa tahun yang lalu. 


“Kadang-kadang bila jual air terpaksa buka kedai seawal 4 petang dan keadaan panas ketika itu. Saya pula kerja seorang diri, jadi bila tengok air tergoda pula,” jelasnya lagi. 

Namun, kini Waris berkongsi bahawa dia tidak lagi berniaga kerana mahu fokus menunaikan amal ibadah sepanjang bulan mulia ini serta meluangkan masanya bersama keluarga tercinta. 

Memang nampak macam alasan remehkan, tapi kadang-kadang kita tidak tahu dugaan yang diterima orang sebegini. 

Akan tetapi, Alhamdulilah buat Waris kerana ingin berubah dan mencuba sedaya upaya untuk kekal istiqomah dalam menunaikan rukun Islam ketiga ini. 

Apa pun, kita doakan yang terbaik buat Waris dan keluarga. Semoga perubahan positif sebegini dijadikan contoh buat mereka diluar sana, Insya Allah.