Pertama kali menaiki kapal terbang, lelaki buka pintu kecemasan nak cepat turun


Song buka pintu kecemasan - Gambar Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Tak kisah lah naik bas ke, naik lori ke atau kereta sekali pun, mestilah ada prosedurnya. 

Apatah lagi kapal terbang, pasti penuh dengan prosedur, betul tak?

Tersilap langkah, ia bukan saja mendatangkan buruk kepada diri sendiri tetapi kepada penumpang yang lain juga.

Baru-baru ini, gara-gara ingin memotong barisan keluar daripada kapal terbang, seorang lelaki berusia 65 tahun cuba keluar lebih awal dengan membuka pintu kecemasan.

Ia merupakan pengalaman pertama menaiki kapal terbang untuk lelaki yang hanya dikenali sebagai Song.

Selepas kapal terbang baru saja mendarat, Song yang tidak sabar itu terus buka pintu kecemasan kerana tidak mahu menunggu lama untuk beratur. 


Walaubagaimana pun, hasratnya terbatal apabila mendapati tiada tangga untuk turun. 

Song yang terus ditahan selepas itu menjelaskan bahawa dia baru pertama kali menaiki pesawat dan tidak tahu yang dia tidak boleh menggunakan pintu kecemasan untuk keluar. 

Song dikatakan sedang dalam perjalanan untuk pergi bercuti dengan keluarganya menggunakan Shandong Airlines.

Song juga telah didenda oleh pihak berkuasa atas tindakannya yang berbahaya itu.