Lelaki tergamak ikat kucing dalam plastik dan buang di tepi jalan


Kucing tersebut didapati mati - Gambar Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Kejam!

Itulah perkataan yang sesuai untuk mengungkap perbuatan seorang lelaki yang tergamak mengikat kucingnya ke dalam sebuah plastik sebelum dibuangnya seperti sampah di tepi jalan.

Tular di Facebook apabila seorang individu, Arie Dwi Andika berkongsi satu rakaman CCTV yang menunjukkan seorang lelaki membuang sebuah bungkusan plastik di tepi jalan.



Jika anda perhatikan video di atas, lelaki tersebut melempar sebuah plastik berwarna oren ke tepi van itu yang sebenarnya mempunyai seekor kucing. 

Menurut individu yang memuatnaik video tersebut, kucing tersebut masih hidup ketika dilempar namun mati apabila lemas dalam plastik tersebut.

Image may contain: shoes

Dikatakan, kejadian ini terjadi di Selayang Jaya, Selayang.

Hasil daripada rakaman CCTV tersebut berjaya mendapatkan no plat motor lelaki tersebut.

Perbuatan lelaki itu yang seolah-olah tidak mempunyai sifat kemanusiaan mendatangkan kemarahan ramai.

Sekiranya tak mahu membela kucing itu, letak lah kucing tersebut di tempat lain, bukan seksa dia macam tu, betul tal