Hampir lemas di air terjun Serendah


Gambar daripada Google


By Rasyidah Zulkifli

Pengalaman lemas ketika mandi di air terjun bukanlah satu perkara menyeronokkan seperti yang dipelajari oleh buat Siti, 18, yang hampir maut.

Ia berlaku ketika dia sedang mandi bersama rakannya Nurul Atikah Zakaria, 21, di Air Terjun Serendah di Hulu Selangor.

Siti, bukan nama sebenarnya, berasa serik kerana beliau tidak menyangka hajatnya untuk berekreasi pada waktu itu hampir bertukar menjadi tragedi.

Dia bersyukur kerana ketika kejadian lemas itu, rakannya leka dengan telefonnya dan sedang berselfie.

Siti, yang pengsan di dalam air, mengakui sudah tidak menyimpan harapan untuk hidup pada ketika itu. 

Yang membuatnya lebih kecut perut ialah ketika itu, dia teringat akan gurauan kakaknya sebelum bertolak ke tempat kejadian - kau jangan mati lemas pulak mandi kat air terjun tu.

Terselamat daripada kejadian itu ibarat peluang kedua yang membuatnya sedikit terfikir ini mungkin ia satu peringatan daripada Tuhan.

"Saya hanya terfikir yang saya akan mati kerana gagal sampai ke permukaan dan juga tidak mampu meminta pertolongan."


Menurut Nurul Syahila Alias, 24, kawasan itu sudah ditambak tanah oleh majlis berkuasa tempatan namun masih ada kawasan tertentu dimana tanah jerlus boleh menyelut kaki perenang.

Nurul yang berniaga sambilan di air terjun itu pada hujung minggu, mengakui pernah melalui pengalaman lemas di situ waktu zaman sekolah menengah.

Kejadian lemas juga pernah berlaku buat pengunjung Anis Nabila, 27, yang kerap kali datang mandi di situ.

Jasli Julin, 26, seorang pemandu lori, menasihatkan sesiapa yang ingin mandi di situ supaya berada di tepi-tepian, jika tidak pandai berenang

Air terjun ini pernah melihat kejadian mati lemas seperti yang menimpa seorang budak lelaki 5 tahun pada 2015.