Atikah Suhaimie Ajak Netizen Guna Tupperware, Hapuskan Plastik!


Atikah Suhaimie


Tahukah korang semua bahawa Malaysia telah tersenarai sebagai negara ke-8 di dunia yang banyak menggunakan plastik dalam kehidupan seharian. 

Mungkin korang tidak sedar bahaya plastik terhadap kehidupan manusia. Namun, lambakan sampah-sarap yang menimbun di sungai dan lautan ini bukan sahaja akan menjejaskan ekosistem hidupan di dalam air tawar dan masin, namun ia juga akan mewujudkan pelbagai jenis penyakit termasuklah kanser disebabkan kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam plastik. 

Biar pun dibayar untuk membantu menguar-uarkan tentang kempen LBP Virtual Plastic Hunt, namun apa yang dilakukan Atikah ini sedikit-sebanyak boleh menyedarkan netizen tentang bahaya penggunaan plastik. 

Kata Atikah, jika netizen mahu membeli makanan di bazar ramadan, eloklah membawa tupperware sendiri. Daripada pakai plastik, lebih baik pakai tupperware sendiri. 

"Kalau korang nak tahu, Malaysia adalah negara kelapan yang banyak menggunakan plastik. Oh Tuhan. Jom kita sama-sama hapuskan plastik dengan sertai cabaran #VirtualPlasticHunt," katanya.