Muat Naik Status Sudah Nikah di Thailand, PU Abu Nafi, Jawab Akaun Digodam


PU Abu nafi kenyataan sudah halal, jawab akaunnya digodam


By Syafiqah Azman

Baru sahaja memuat naik posting di media sosial Instagram mengenai status sebenarnya bersama dengan seorang ahli usahawan kosmetik, tiba-tiba muncul kenyataan bahawa akaun Instagramnya telah  digodam dan kenyataan tersebut bukan datang daripada dirinya. 

Mengakui akaun Instagram digodam, Pencetus Ummah (PU) Abu telah memuat naik posting terkini menjelaskan bahawa posting sebelum ini yang telah digodam individu tidak bertanggungjawab.  


“Saya bersumpah atas nama Allah bahawa akaun saya dihacked pada jam 12.03 malam tadi. Saya mohon para netizen berhenti sebarkan berita tersebut,” tulisnya. 

Posting yang diperkatakan PU Abu atau nama sebenar Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi itu adalah mengenai  statusnya yang kini sudah pun halal bersama janda anak satu.

Tambahnya lagi, bukan sahaja akaun Instagram, malah Gmail dan Facebooknya juga telah digodam. 

“Kecam boleh tapi jangan sebarkan berita itu. Terima kasih,” jelasnya. 

Walaupun penjelasan sebenar sudah dibuat, namun ada segelintir netizen tidak berpuas hati kerana terdapat maklumat daripada individu yang mendakwa telah melihat PU Abu bersama seorang wanita dipercayai Hana ketika di Satun, Thailand pada 2 Mei lalu. 

Dalam masa yang sama, PU Abu turut memuat naik beberapa bukti menunjukkan bahawa akaunnya telah digodam dan kini hanya akaun Instagram dan Facebook sahaja dapat diselamatkan. 


Sebelum ini, 'hacker' yang didakwa PU Abu itu  telah  memuat naik beberapa  posting di ruangan Instagram story mengenai statusnya yang kini sudah pun halal bersama wanita bernama Hana. 


“Yang penting hubungan saya sudah halal,” tulis individu yang dikatakan telah mengodam akaun milik PU Abu. 

Namun, selepas lima minit membuat pengesahan, individu terbabit telah menyahaktifkan akaun tersebut. 

Akan tetapi akaun tersebut telah pun diaktifkan semula beberapa jam kemudian dan susulan daripada itu PU Abu telah membuat kenyataan dari pihaknya tentang penggodaman akaunnya. 

Terdahulu, kontroversi yang melanda pendakwah bebas ini telah mendapat perhatian ramai apabila bekas isterinya Ain Afini mendedahkan kisah penceraiannya ketika sarat mengandung pada April lalu. 

BACA: Mohon Maaf Tidak Ikhlas, Netizen Bengang Dengan PU Abu

BACA: "Abu ni miang..." Komen Wardina Safiyyah Tentang Isu PU Abu

Dalam kenyataan yang sama, Ain turut menjelaskan bahawa penceraian tersebut disebabkan munculnya orang ketiga iaitu Hana sendiri dalam rumah tangga mereka. 

Apa pun, digodam atau tidak, semoga PU Abu lebih berhati-hati lepas ini. Bukan apa, zaman sekarang ni semua benda di hujung jari. Apa sahaja yang netizen ni tak tahu, ye dak?