Inikah Bintang-Bintang Yang Bakal Meninggalkan Marvel Cinematic Universe?


Beberapa Superhero MCU


Dengan tercetusnya Avengers: Endgame iaitu naskah penutup untuk dekad pertama Marvel Studios menerusi jenama Marvel Cinematic Universe (MCU), maka semakin banyak spekulasi yang timbul mengenai watak-watak yang bakal lenyap atau ditamatkan riwayatnya. 

1. Gwyneth Paltrow 


Membawakan watak sebagai Pepper Potts iaitu wanita yang disukai Tony Stark (Robert Downey Jr), mereka berdua akhirnya berkahwin dan memiliki seorang anak. Sudah 11 tahun, Paltrow menemani Robert Downey Jr iaitu sejak filem Iron-Man 1, Irona-Man 2 dan Iron-Man 3. Malah, Paltrow juga turut muncul dalam filem Avengers Infinity War, Sperderman: Homecoming termasuklah Avengers: Endgame. 

Dengan kematian Tony Stark, maka pasti peranan Pepper Pots di MCU juga akan turut berakhir. Dalam satu wawancara bersama editorchoice.com, Gwyneth Paltrow mengakui dia sudah terlalu tua untuk mengenakan kostum Rescue Armor. Kenyataan itu sudah cukup untuk memberi bayangan bahawa Paltrow akan meninggalkan MCU. 

2. Don Cheadle


Aktor Don Cheadle juga dikahabrkan akan meninggalkan MCU.  Namun, berbeza pula dengan berita yang disampaikan edtorchoice.com. Menurut laporan laman web tersebut, watak dan karektor Don Cheadle sebagai War Machine masih diperlukan dalam filem Marvel berikutnya. 

Cheadle sendiri sudah menemani Robert Downey Junior sejak film Iron-Man 2. dan Iron-Man 3. Hingga saat itu dia terus muncul dalam filem Avengers yang berikutnya iaitu Avengers: Age of Ultron, Avengers: Infinity War, Captain America: Civil War, sehinggalah Avengers: Endgame. 

Apakah Cheadle masih kekal atau bakal meninggalkan MCU, sama-sama kita tunggu. 

3. Chris Hemsworth


Spekulasi yang mengatakan bahawa Chris Hemsworth bakal meninggalkan MCU juga turut bertiup kencang. Membawakan watak sebagai Thor iaitu dewa petir dari Asgard, Thor dikatakan akan eninggalkan MCU sebaik sahaja berakhirnya Avengers: Endgame. 

Kalau diimbas kembali babak di dalam Avengers: Endgame, Thor telah mengikuti Peter Quill untuk pengembaraan baharu dan dia telah menyerahkan Asgard sepenuhnya kepada ratu baharunya, Valkyrie. Ia satu cluekan? 

Kebetulan pula, kontrak Hemsworth bersama MCU sebelum ini memang hanya tertera tiga filem solo Thor beserta sekual Avengers. Maka tidak hairanlah kalau Hemsworth benar-benar meninggalkan MCU selepas ini. 


4. Chris Evans


Pelakon Chris Evans sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan meninggalkan MCU selepas munculnya filem Avengers: Edngame. Malah, dia juga dilaporkan telah meninggalkan MCU sebelum filem MCU fasa ketiga yang terakhir ini muncul di pawagam. 

Chris Evans telah membawakan watak sebagai Captaoin America sejak debutnya muncul pada 2011. Kalau dihitung, sudah 8 tahun sebetulnya Evans menemani peminat Captain America dalam beberapa filem Marvel. 

Dalam Avengers: Endgame, Captain Amerika ini telah menyerahkan perisainya kepada Sam (Falcon). Ia seolah-olah suatu tanda bahawa tugasnya sebagai Captain Marvel telah selesai . Terima kasih Captain! 


5. Robert Downey Jr.


Dialah Iron-Man. Dialah yang merupakah pahlawan super terbesar dunia. Dan, dia juga akan mengundurkan diri daripada MCU sebagai pahlawan paling terkenal, Iron-Man. 

Sebagai penghormatan terakhir buat dirinya, Marvel Studio telah memberikan penghormatan kepada Tony Stark untuk menjadi pahlawan penyelamat bumi di dalam Avengers: Endgame. 

Biarpun dia tewas, namun jasa dan pengorbanannya akan tetap dikenang oleh peminat serta penggemarnya. Apa yang pasti, Robery Fowney Jr mampu berbangga kepada menjadi sebahagian daripada pembangunan sinema yang besar dan sukses di Hollywood. 

"Saya mahu menggantungkan pakaian seragam saya itu (Iron-Man), sebelum ia memalukan," kata Roberi Downey Jr dalam satu wawancara bersama edotorchoice.com.