Netizen Tuduh As'ad Motawh ‘Miming’, Acah Buka Mulut


As'ad Motawh dikecam kerana 'miming' di pentas


By Syafiqah Azman

Tahu sahaja ya netizen ni kalau penyanyi ‘miming’ atas pentas? Macam ada ‘super power’ pula. Tapi kadang-kadang memang nampak sangat sesetengah penyanyi tu memang betul ‘miming’ sebab gerakan bibir tak sama dengan apa yang keluar, ye dak? 

Tapi betul ke penyanyi kegilaan wanita, As'ad Motawh ni ‘miming’ tempoh hari? 


Pada Isnin lalu, tular di media sosial apabila seorang netizen memuat naik satu video di mana As'ad bersama dengan Lah Ahmad, Lan The Typewriter dan Adeep Nahar membuat persembahan di satu program berjudul Konsert Minggu Ini terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). 

" target="_blank">

Namun, rata-rata netizen memberi komen bahawa suara As'ad tenggelam apabila menyanyikan lagu tersebut bersama dengan barisan penyanyi hebat. 


“Kesian penyanyi ‘autotune’ ni,” komen salah seorang netizen. 

Bagaimanapun, As'ad sendiri menafikan bahawa dia hanya membuat ‘miming’ ketika persembahan tersebut. 

“Saya langsung tak miming ketika persembahan tersebut. Cuma mungkin suara saya kurang jelas,” katanya. 


Tambahnya lagi, sepanjang karier seni hiburannya bermula, dia tidak pernah sekali pun melakukan miming ketika melakukan persembahan. 

“Saya dah penat nak jawab kecaman netizen ni. Ada sahaja yang salah di mata mereka. Dalam bulan Ramadhan pun nak kecam orang,” jelas As'ad menerusi mStar online. 

As'ad atau nama sebenar As'ad Ahmad Muhammad Motawh, 18, turut menjelaskan bahawa kehadirannya melakukan persembahan tersebut bersama barisan penyanyi yang lain adalah kerana permintaan stesen televisyen tersebut. 

“Bukan saya yang menawar diri untuk membuat persembahan tersebut tetapi pihak TV yang jemput, jadi saya datang la,” tambahnya. 

Dalam pada itu, As'ad turut berkata bahawa dia berasa bangga kerana dapat melakukan persembahan bersama-sama dengan penyanyi hebat tersebut di satu pentas yang sama. 

Mungkin ada masalah teknikal yang berlaku, kita tidak tahu kan? Apa pun buat As'ad sendiri, teruskan dengan usaha dan keyakinan anda dalam menghiburkan peminat.