Fresh, Fun and Colourfull Koleksi Raya 2019 Emel By Melinda Looi


EMEL BAJU RAYA 2019


By ienaeliena

Tahun demi tahun, Melinda Looi sentiasa membawakan koleksi raya yang unik dan segar . Pada Tahun 2019 ini, Emel By Melinda Looi tampil lebih berani dengan menggunakan kepelbagaian warna dalam koleksi rekaannya. Koleksi Emel pada tahun ini diberkan nama “WARNA”.


WARNA - EMEL BAJU RAYA 2019 #emelWarnaRaya

Emel membawakan Koleksi Raya yang segar, seronok dan berwarna-warni yang diilhamkan dari hiruk-piruk bandar-bandar hotspot di dunia. Inspirasi dari lampu neon Shibuya, bandar warisan UNESCO La Antigua dan komuniti Bo-Kaap di Cape Town.


Emel  warna menawarkan pelbagai pilihan koleksi yang sesuai dengan selera yang berbeza iaitu dari baju kurung moden yang unik yang kelihatan ringkas, klasik dan elegan serta mempunyai pilihan warna dan cetakan yang eksklusif. Kesemua koleksi baju kurung yang bewarna-warni ini direka khas supaya ia sesuai dipakai untuk semua majlis.


Setiap potongan juga direka supaya ianya boleh dicampur dan dipadankan untuk fleksibiliti supaya anda boleh menggayakan dengan koleksi yang lain. Pengunaan warna-warna yang ceria ini pasti membuatkan sesiapa sahaja yang melihat anda di hari lebaran khususnya tertawan apabila melihat anda menggayakan koleksi ini. Pasti mereka akan tertanya- tanya siapakah gerangan si manis berbaju rona ceria menggoda minda.


Selain dari elemen warna yang memikat hati, potongan koleksi ini dijamin dapat memberi keselesaan kepada anda semasa mengunjungi sanak saudara mahupun menghadiri semua rumah terbuka raya pada Aidilfitri ini.


Dapatkan Koleksi Raya 2019 Emel By Melinda Looi di http://bit.ly/emelByMelindaLooi2019 atau https://www.emel.my