Terperangkap dalam bilik air, lelaki terpaksa panggil bomba


Lelaki itu diselamatkan oleh pihak bomba


By Nadhirah Sofea Rashid

Pernah tak anda terperangkap dalam bilik air?

Tak kisah lah pintu tak boleh buka ke, atau adik beradik sakat kunci pintu dari luar ke, mesti pernahkan?

Tapi pernahkah anda terperangkap dalam bilik air di mana anda tinggal berseorangan? 

Ha, mesti cuak kan.

Macam tu juga lah seorang pengguna Twitter ni yang berkongsi tentang pengalamannya yang terkunci dalam bilik air di rumahnya. 

Pengguna Twitter tersebut bernama Aizad telah memuatnaik video tersebut yang memaparkan dia gagal untuk membuka pintu bilik airnya akibat tombol pintu yang rosak. 

Aizad juga cuba menendang pintu itu beberapa kali namun masih gagal untuk membukanya.

Ha, bila pintu dah tak boleh buka dan tiada sesiapa pula di rumah, mestilah gelabah kan?

Maka, tiada pilihan lain dengan menghubungi talian kecemasan dan minta tolong dari bomba!

Cuba bayangkan anda terpaksa menelefon bomba sebab tak dapat keluar daripada bilik air?

Kelakar bukan? Tapi kalau dia tak telefon, dia pula yang terperangkap lama. Bahaya!

Ha, nasib baik bawa telefon masa mandi.

Menurut Aizad lagi, selepas 30 minit menunggu ketibaan pihak berkuasa, akhirnya bomba pun tiba. 

Nak dijadikan cerita, pintu rumahnya tidak dikunci, maka ia senang untuk bomba masuk rumahnya. 

Anggota bomba yang datang terus memecahkan tombol pintu.


Nasib baik dia bertuala!

Aizad turut mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba kerana membantunya keluar daripada bilik air itu.