Avengers: Endgame Memang Hebat Gila, Tapi Tidak Setanding Infinity War?


Filem Rebiu Avengers: Endgame


By Nabil Rahim

Genre : Aksi, Sci-fi

Pengarah : Joe Russo & Anthony Russo

Tarikh tayangan : 24 April 2019

Durasi : 3 jam 2 minit

Selepas kekalahan tragik dalam Avengers: Infinity War (2018), peminat terkesan dengan kematian hero mereka. Jarang filem masa kini yang menyaksikan hero tumpas pada penghujung cerita. Namun inilah kejutan Marvel Studios dalam menyemai benih emosi dalam hati penonton.

BACA: Avengers: Endgame Memang Gila! Cetus Fenomena Satu Dunia...

BACA: Inikah Bintang-Bintang Yang Bakal Meninggalkan Marvel Cinematic Universe?

Tidak dapat disangkal bahawa Marvel Studios mempunyai idea dan perancangan luar biasa dalam setiap filemnya, dan senjata rahsia terbesar mereka telah dileraikan dalam konklusi hebat, Avengers: Endgame. 

*Artikel ini mempunyai beberapa spoiler dari Avengers: Endgame*


Separuh populasi alam telah lenyap dari dunia, dan tiada tanda-tanda harapan untuk menyelamatkan mereka. Namun pasukan Avengers tidak pernah berputus asa dan masih menyimpan dendam terhadap Thanos. Selepas Nebula dan Tony Stark berjaya sampai ke bumi kerana diselamatkan oleh Captain Marvel, Avengers berjaya mengesan keberadaan Thanos di sebuah planet asing.

Dalam sekelip mata sahaja, Thanos dapat ditumpaskan di tangan Thor. Satu kejutan luar jangkaan pada 30 minit pertama filem. 

Skrin bertukar gelap sejurus 5 tahun berlalu. Penonton dapat menyaksikan perubahan ketara yang berlaku kepada penduduk bumi. Permulaan baharu diteruskan walau pahit untuk diterima, biarpun kepada pasukan Avengers sendiri.


Dalam pada itu, Ant-man yang terperangkap dalam Quantum Realm akhirnya berjaya keluar bantuan dari seekor tikus.Tidak masuk akalkan? Hanya 5 jam sahaja dirasai walau sudah 5 tahun di alam nyata.

Secara keseluruhan, perjalanan cerita dinamis kerana menggunakan pengembaraan masa sebagai tema utama. Kebiasaan filem-filem pop Hollywood banyak mengetengahkan tema ini. Mungkin anda sinonim dengan Back To The Future, Harry Potter And The Prisoner Of The Azkaban atau mungkin juga Interstellar.

Namun, berbeza sedikit dalam filem ini, kerana jangka masa merangkumi kesemua 21 filem sebelum ini. Mungkin sukar bagi mereka yang tidak mengikuti filem-filem Marvel Cinematic Universe (MCU) untuk memahami setiap babak dalam Endgame.

BACA: Filem Marvel Wajib Tonton Sebelum Endgame! #RoadToEndgame

Pengembaraan masa ini memang menghiburkan untuk ditonton, lebih-lebih lagi memaparkan babak dari filem-filem terdahulu. Tujuan utama Avengers kembali ke masa lampau adalah untuk mendapatkan kesemua enam batu Infiniti sebelum jatuh ke tangan Thanos.

Penulis tersenyum lebar ketika babak kembali ke Stark Tower pada 2012, terutama pertembungan dua Captain America, dah macam game Capcom VS Marvel pula dah.Salah satu babak ikonik dalam Endgame.