Sarima Samheizy, Nama Anak Perempuan Shaheizy Sam-Syatilla Melvin


Shaheizy Sam & Syatilla Melvin


Hingga saat ini, pasangan suami isteri selebriti Shaheizy Sam (Sam) dan Syatilla Melvin 9Tilla) nampaknya masih belum bersedia untuk menonjolkan  wajah cahayamata kedua mereka telah baby girl itu  selamat dilahirkan di KPJ Ampang Puteri pada 17 April lalu.

Baca Artikel Ini : Baby Girl Shaheizy Sam- Syatilla Melvin Kongsi Birthday Dengan Mommy Khaty 

Pasti Sam dan Tilla memiliki sebab-sebab tertentu untuk merahsiakannya dahulu, namun tindakan pasangan ini benar-benar membuatkan netizen tidak sabar-sabar  untuk melihat wajah baby girl merea. 

Apapun, Sam dan Tilla memang bijak mewujudkan elemen thrill netizen supaya terus setia menunggu sehinggaah mereka benar-benar bersedia menunjukkan wajah cahaya mata kedua mereka itu. 

Malah pada posting yang dimuatnaik Sam dan Tilla dalam akaun Instagram masing-masing bertarikh 27 April, mereka hanya memaklumkan bahawa baby cot yang digunakan anak sulung lelaki mereka, Syeriv Samheizy selama dua tahun telah pun bertukar tangan yang mana ia akan menjadi milik adik perempuannya, Sarima Samheizy. 

Yup! Sarima Samheizy. Itulah nama yang diberikan Sam dan Tilla untuk anak perempuan mereka. Sweet, short and simple. Macam abang mereka juga. 

Well.. nama telah pun diketahui. Bila agaknya kita akan dapat melihat wajah comel baby girl Sarima nih. Oh my god!  Sam dan Tilla... Please jangan berteka-teka lagi.