5 Filem Wajib Tonton Sempena Hari Ibu


Filem menarik yang boleh ditonton ketika Hari Ibu


By Syafiqah Azman

Bagi mereka yang masih tidak tahu, bulan Mei adalah bulan di mana kita merayai insan yang bergelar ibu. Tidak disangkal lagi bahawa hubungan antara seorang ibu dan anaknya adalah salah satu hubungan yang kuat, walaupun kadang-kadang ibu ni kuat bebel, betul tak?

Tapi macam orang tua cakap, bebel tu tanda sayang! Ha, ibu mana yang tak sayang anaknya kan? 


Jadi, bersempena dengan Hari Ibu ini, team Youth Connect akan menyenaraikan lima filem yang anda boleh tonton bersama ibu atau satu keluarga ketika meluangkan masa bersama mereka. Yelaa kalau nak berjalan, letih pula, lagi-lagi bulan puasa ni. 

1. Brave (2012)


Filem animasi dari Disney ini merupakan salah satu ‘favourite’ ramai kerana watak ibu iaitu Queen Elinor dan juga watak Merida sebagai anak perempuan ini memang ternyata tidak berbeza mana dengan kehidupan sebenar kita. 

Seperti ibu yang lain, Queen Elinor merupakan ibu yang sangat melindungi anaknya dan Merida yang keras kepala sering melanggari arahan ibunya. Ha, macam kita selalu lawan cakap ibulah heh. 

Walaupun ini merupakan filem daripada Disney, namun ia bukanlah se’cliché’ mana. Ada beberapa plot twist yang terdapat di dalam filem ini yang mampu membuatkan emosi anda berbolak-balik. 

2. Room (2015)


Kalau kita lihat Brie Larson sebagai Captain Marvel dalam salah satu filem superhero Marvel, tapi lain pula kisahnya apabila Brie melakonkan watak sebagai seorang ibu yang perlu sentiasa kuat semangat untuk anaknya. 

Joy (Brie) bersama anaknya Jack (Jacob Tremblay) merupakan tawanan seorang lelaki ‘pscyho’ yang disembunyikan di dalam bangsal sempit yang hanya mampu memuatkan mereka berdua. 

Berapa lamakah Joy dan anaknya mampu bertahan menjadi tawanan lelaki tersebut? Berjayakah mereka keluar dan menyelamatkan diri? 

3. Mother’s Day (2016)


Dah nama pun Hari Ibukan, jadi memang sesuailah dengan filem ni yang benar-benar mengisahkan tentang beberapa buah keluarga yang mengalami masalah hubungan bersama ibu mereka. 

Dibintangi oleh Jennifer Anniston, Kate Hudson, Shay Mitchell dan Julia Roberts, filem ini sudah pasti akan membuatkan anda terhibur dengan gelagat pelakon mereka. 

Lagi-lagi Jennifer Anniston kan! Memang tak pernah tak kelakar kalau dia berlakon! 

4. Stepmom (1998)


Macam mana rasanya duduk dengan ibu tiri ya? Adakah macam kisah dongeng Cinderella? Atau pun sebenarnya tidak seburuk yang disangka? 

Filem Stepmom ini mengisahkan dua orang anak yang terpaksa berkongsi keluarga setelah  ayah mereka, Luke, (Ed Harris)  bercerai dengan ibu mereka (Susan Sarandon) dan mengahwini wanita lain yang lebih muda Isabel (Julia Roberts). 

Penuh dengan rintangan dan cabaran yang harus dihadapi oleh Isabel sendiri kerana dua anak tirinya tidak pernah senang dengan kehadirannya dalam keluarga mereka. Jadi, mampukah Isabel bertahan dan kekalkan hubungan bersama Luke serta anak mereka?

5. Mamma Mia! (2008)


Tidak lengkap rasanya kalau tak masukkan sekali filem ni. Memang filem muzikal romantik legend yang sudah pasti ramai akan mengingati babak-babak yang ada dalam filem ini. 

Mengisahkan seorang wanita Sophie (Amanda Seyfried) yang mahu mencari ayah kandung sebenar tanpa pengetahuan ibunya, Donna (Meryl Streep) dengan menjemput ketiga-tiga lelaki yang pernah hadir dalam hidup Donna ke majlis perkahwinannya. 

Tanpa Sophie sedari, banyak perkara yang harus dia lakukan sehinggakan menjejaskan hubungannya bersama teman lelakinya, Sky (Dominic Cooper). 

Jadi, adakah Sophie akan mengetahui siapakah ayah kandungnya yang sebenar? Dan adakah hubungannya bersama Sky akan pulih? Jangan lupa untuk saksikan filem romantik muzikal ini! 

 Jadi, tunggu apa lagi? Bagi mereka yang dah pusing kepala memikirkan aktiviti yang sesuai untuk dilakukan ketika Hari Ibu, jangan risau! Subscribe sahaja aplikasi Netflix dan tonton filem-filem di atas sepanjang hari! 

Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bergelar ibu di seluruh dunia ini! Engkau lah ratu hatiku, Ibu!