Prince Harry-Meghan Markle Namakan Baby Boy Mereka, Archie Harrisson


Prince Harry, Meghan Markle dan Archie Harrison


Setelah beratus nama dicadangkan untuk cahaya mata pertama Prince Harry dan Meghan Markle termasuklah nama Arthur yang menjadi pilihan ramai, akhirnya pasangan Duke Of Sussex dan Duchess of Sussex ini menamakan anak lelaki mereka sebagai Archie Harrison Mountbatten-Windsor. 

Baca artikel ini: Prince Harry-Meghan Dapat baby Boy, Ramai Cadangkan Namanya Arthur 

Pemilihan nama itu telah diumumkan semalam.  Namun, pemilihan nama itu telah menimbulkan tanda-tanya di kalangan warga British terutama pada surname baby boy itu iaitu Mountbatten. Mereka sama sekali tidak tahu bagaimana datangnya surname itu dan bagaimana ia boleh timbul. 

Padahal, surname itu sebenarnya adalah milik kepada datuk Prince Harry iaitu Prince Philip dan beliau telah membawa surname itu selepas mengahwini Queen Elizabeth. 

Prince Harry dan Meghan memilih surname itu sebagai suatu penghormatan buat Prince Philip. 


Trivie Tentang Surname Mountbatten-Windsor 

Prince Philip of Greece telah dijadikan rakyat British dan menjadi Philip Mountbatten sewaktu berkhidmat di Royal Navy pada 1947. Namun surname Mountbatten-Windsor memang jarang sekali digunakan Queen dan Prince Philip untuk pewaris takhta mereka, kecuali mereka yang tidak memiliki kuasa untuk menjadi pewaris takhta diraja.

Mereka yang memiliki digelar Royal  Highness atau memiliki gelaran Prince/Princess tidak boleh menggunakan surname itu. Maka, tidaklah menghairankan apabila bapa Prince Harry iaitu Prince Charles juga tidak memiliki surname tersebut. 

Tindakan Prince Harry memilih surname tersebut ke atas anaknya, Archie Harrison pasti akan membuatkan Prince Philip dan seluruh keluarga diraja berasa terharu.