Fahrin Ahmad Dedah Cerita Perkenalan Bersama Isteri, Eleena Hani


Pelakon Fahrin Ahmad kongsi kisah di sebalik gambar 20 tahun lalu bersama isteri, Eleena Hani


By Syafiqah Azman

Orang cakap jodoh, maut dan rezeki di tangan Allah SWTkan? Tiada siapa dapat menjangka tentang jodoh, tarikh kematian kita dan rezeki yang bakal diberi buat kita. 

Memang tidak disangka apabila aktor Fahrin Ahmad mendedahkan bahawa isterinya, Eleena Hani pernah bergambar bersamanya ketika menghadiri majlis Makan Malam Matrikulasi ITM Shah Alam dan kedua-duanya telah memenangi pertandingan pakaian terbaik bagi lelaki dan wanita pada malam itu. 

Ha, orang cakap kalau jodoh memang tidak ke manalah kan?


Menerusi media sosial Instagram, Fahrin, 40, telah memuat naik satu foto yang diambil kira-kira 20 tahun yang lalu bersama isterinya, Eleena. 

“20 tahun yang lampau! Masa ni Eleena poyo dan jual mahal. Dia tak tahu sebelah dia tu bakal suami dia 17 tahun kemudian,” tulisnya menerusi kapsyen foto tersebut. 

Tambah Fahrin lagi, mereka berdua pada masa tersebut mengenali satu sama lain kerana menuntut pengajian di fakulti yang sama akan tetapi mereka berdua bukannya kawan. 

“Jodoh melintas depan mata,” katanya lagi. 

Tak sangka pula ya kuasa Allah SWT mahu pertemukan mereka berdua dengan cara sebegini?