Keputusan tawaran tambahan Matrikulasi diumum hari ini


Keputusan tawaran tambahan boleh di periksa bermula hari ni.


By Huzraifah Atikah

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya apakah kesudahan isu matrikulasi ini.

Seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan, penambahan pelajar matrikulasi akan dilakukan bermula tahun ini. 

Keputusan tawaran tambahan ke program matrikulasi sesi 2019/2020 telah di umumkan hari ini and menurut Kementerian Pendidikan, pelajar boleh menyemak keputusan di www.moe.gov.my.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai pelajar India yang telah mendapat 10A dalam SPM tidak mendapat tempat dimana-mana institusi matrikulasi. 

BACA: 10A SPM pun belum tentu dapat masuk Matrikulasi??

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kemudian berkata kerajaan akan mengkaji semula sistem kuota yang digunakan untuk program matrikulasi pra-universiti.

BACA: PM: kerajaan akan mengkaji sistem kuota untuk program matrikulasi

Ekoran itu, KPM telah membuat pengumuman mengenai system kuota 90:10 akan dikekalkan namun penambahan pelajar akan dilakukan iaitu daripada 25,000 kepada 40,000. 

Sebelum ini juga, ramai yang telah menyuarakan pendapat bahawa sistem kuota itu sudah dilihat tidak relevan dikala ini dan menyoalkan sama ada institusi matrikulasi mampu menampung bilangan pelajar yang ditambah dari segi fasiliti dan juga tenaga pengajar. 

BACA: Are matriculation colleges ready for 40,000 students?

Namun begitu, nampaknya masih ada harapan bagi para pelajar yang tidak berjaya memasuki matrikulasi.

Maka para pelajar yang telah memohon bolehlah periksa hari ini sama ada pemohonan berjaya atau tidak. 

Apa-apa pun, Goodluck!