Aznil Nawawi Sedih Koleksi Baju Raya Dikecam


Pak Nil luah rasa sedih pabila koleksi baju Melayunya dikecam


By Syafiqah Azman

Zaman sekarang ni memang koleksi baju raya ada pelbagai jenis. Ada yang daripada tradisional di modenkan dan menjadi satu gaya yang boleh dikatakan ‘trendy’. Tapi pada pendapat anda, sesuaikah baju Melayu ni kita modenkan? 

Baru-baru ni,  pengacara No.1 Malaysia yang juga penyanyi, Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Nil dikecam  warga netizen kerana koleksi baju Melayu bersama dengan pereka fesyen Razman Razmi. 

“Samping sedondon dengan baju Melayu tak kelihatan kacak atau tampan. Tidak tidak tidak,” komen salah seorang netizen di Instagram milik Pak Nil. 

Pak Nil yang berasa terkesan dengan komen-komen negatif netizen berkata bahawa dia sama sekali sedih apabila ada yang mempersendakan koleksi baju Melayunya itu. 


Menerusi media sosial Instagram, Pak Nil memuat naik satu entri berkata mengenai perasaannya apabila segelintir netizen mengecam dan mempersendakan koleksinya. 

Walaupun menerima banyak komen-komen negatif, Pak Nil tetap dengan pendirian bahawa koleksi tersebut adalah salah satu inspirasi daripada idolanya iaitu Allahyarham Datuk Sudirman Arshad. 

“Samping sedondon tu Pak Nil bagi percuma je untuk mengenang idola Pak Nil, Allahyarham Sudir..., yang tak nak pakai sampin tu boleh gunakan songket biasa.Pak Nil hadiahkan juga samping songket,” tulisnya. 


Kalau kita lihat cara pemakaian Allahyarham Sudirman mengayakan baju Melayu, memang arwah sendiri turut memakai baju Melayu dan samping yang sedondon. Kalau nak ikutkan ni bukan sesuatu yang baru, betul tak? 

Mungkin netizen sendiri tidak pernah melihat fesyen seperti ini dan menganggap ia pelik. 


Sementara itu, Pak Nil turut menjelaskan bahawa samping dan bengkung yang diberikan adalah sebagai aksesori sahaja. 

“Apa yang saya hendak jual adalah baju Melayu itu sendiri. Disebabkan saya ada impian untuk meneruskan legasi baju Melayu ala Allahyarham Sudirman, saya tambah samping daripada kain dan warna sedondon baju,” jelasnya menerusi Harian Metro online. 

Tambahnya lagi, penggunaan bengkung tersebut adalah untuk menampakkan pemakaian baju Melayu tersebut tampak lebih kemas. 

Mana tidaknya, kalau samping pun ada yang pakai sampai terburai, baik Pak Nil bagi siap-siap bengkung tersebutkan? Pembeli pun boleh buat pilihan lagi nak pakai sama ada bengkung ataupun samping kerana kedua-duanya diberi secara percuma. Ha untung tak? 

Jadi, buat mereka yang tidak tahu puncuk pangkal, janganlah mengecam dan mempersendakan rekaan seseorang itu sesuka hati. Kesian Pak Nil dan Razman Razmi bertungkus lumus menyiapkan koleksi baju Melayu ni. 

Pak Nil turut berkongsi mengenai penjualan koleksi baju Melayunya itu di Go Shop pada 19 Mei ini dan pada pembeli yang membeli pada waktu itu berpeluang untuk mendapatkan samping songket serta baju Melayu secara percuma.

Bagaimanapun tahniah buat Pak Nil atas koleksi baju Melayu yang mengingatkan kita kepada Allahyarham Sudirman, legenda Malaysia dan Penghibur Nombor 1 Malaysia satu ketika dahulu.