Warden ram motor kejutkan pelajar bangun solat Subuh


Pelajar-pelajar bangun sebaik sahaja mendengar bunyi motor


By Nadhirah Sofea Rashid

Sesetengah orang memang liat nak bangun pagi. Tambah-tambah lagi remaja yang segelintirnya memang sifat mereka yang suka tidur. 

Bagi yang beragama Islam, kita dikehendaki bangun pagi untuk menunaikan solat Subuh. 

Macam-macam cara ibu bapa guna untuk kejut anak mereka untuk bangun solat Subuh.

Ada yang membuka lampu, tutup kipas, spray air dan ada juga yang sekadar mengetuk pintu bilik.

Namun, ada juga yang memasang jam loceng untuk bangun pagi tanpa memerlukan ibu bapa untuk mengejutkan.

Tapi lain pula cara yang dilakukan oleh seorang warden di sebuah asrama ini.

Viral di Facebook, warden mengejutkan pelajar-pelajar asrama dengan menaiki motorsikal Kriss di koridor bangunan asrama.

Yang paling rare, warden tersebut bukan hanya menaiki motor, malah dia juga "ram" motornya.

Fuh, bukan biasa-biasa ni.

Lihat video di bawah


Cara luar biasa warden ini memang semestinya akan mengejut semua pelajar tersebut.

Kalau tak bangun juga... ha tak tahu lah nak cakap apa!

Rata-rata netizen juga berkongsi kenangan dikejut warden dan cikgu 


Tidak dapat dipastikan dimana asrama ini.

Ada juga yang mengecam tindakan warden yang rare ini tapi ada juga yang berpendapat bahawa cara rare ni lah yang paling mujarab sekali kalau nak kejut bangun solat Subuh. 

Apa-apa pun yang penting ialah bangun pagi untuk solat Subuh!