Dua Bulan ‘Menghilang’, Aliff Aziz Kembali di Media Sosial, Ibu Titip Pesanan Ringkas


Aliff Aziz kembali aktif di Instagram, ibu tidak lupa titip pesanan


By Syafiqah Azman

Setelah hampir dua bulan menghilang, kini pelakon serta penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz kembali semula aktif di media sosial dan telah membenarkan pengikut meninggalkan komen di postingnya. 


Tindakannya itu disedari apabila Aliff sendiri memuat naik satu foto pada Khamis lalu dengan berpenampilan baru apabila mengena  ‘braces’ . Malah, dia turut berfoto dengan  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah dari Brunei. 

Manakala, segelintir netizen tidak ketinggalan untuk memberikan kata-kata positif buat pelakon tersebut meskipun dilanda pelbagai kontroversi mengenai rumah tangganya sebelum ini. 


Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila ibu kepada Aliff sendiri meninggalkan komen dengan memberikan sedikit pesanan buat anak lelakinya itu. 

“Jika ramai yang mengeji yakin lah lebih ramai yang berhati mulia dan sentiasa memaafi, menasihati & menyokong kerana mereka juga insan yang tidak sempurna,” tulis ibunya, Siti Hafizah Sheikh Mohamad yang menggunakan akaun IG @fizaaziz.

Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya sendiri kan? Jadi, tidak salah jika ibu Aliff ingin menitipkan pesanan buat anaknya agar sentiasa kuat untuk tempuhi segala rintangan yang dihadapi.