Ada sesiapa order rojak kepala tikus ke?


Rojak kepala tikus


By Nadhirah Sofea Rashid

Tikus sememangnya comel. Macam tikus dalam movie Ratatouille ini...

Comel tak? 

Tapi, ia dah tak comel apabila masuk dalam makanan kesukaan ramai iaitu rojak.

Kebiasaannya, bahan-bahan untuk menyediakan rojak adalah seperti cucur, timun, tauhu dan kacang.

Tapi, ada satu rojak di sebuah kedai makan di Kota Kinabalu mempunyai unsur kejutan!

Mana tak terkejut apabila rojak itu disertakan sekali kepala tikus! Eew!

Viral di Facebook apabila Halaman Sabahan Bah memuatnaik satu posting menunjukkan rojak dengan tambahan kepala tikus.



Keadaan tragis tikus itu seolah-olah ia telah dibunuh dengan kejam. 

Haish kenapalah nak bunuh tikus sampai macam tu sekali?

Walaubagaimana pun, ada netizen berpendapat bahawa kepala tikus itu seakan-akan sengaja di letak semata-mata untuk menjadi viral.

Namun, wanita yang memuatnaik gambar-gambar tersebut menjelaskan insiden sebenar yang terjadi.


Bayangkan tengah lapar dan tak sabar nak makan tiba-tiba ternampak kepala tikus....

Sehingga kini, tiada sebarang laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Apa-apa pun, kebersihan perlulah menjadi perkara penting bagi yang bekerja di sektor makanan. 

Tidak menjaga kebersihan bukan sahaja dapat mendatangkan sakit kepada pelanggan, bahkan ia dapat menjatuhkan perniagaan anda.