Seminar anti-vaksin dilarang guna kemudahan KBS


Syed Abdullah Syed Abdul Rahman


By Nadhirah Sofea Rashid

Ingatkan isu anti vaksin ini dah mula reda, tapi tiba-tiba muncul hangat semula!

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melarang sebarang penganjuran seminar atau program yang bertujuan untuk menyuntik kefahaman anti vaksin menggunakan kemudahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Jika nak sebarkan pengaruh bagaimana membunuh nyawa tidak berdosa, mereka boleh buat seminar di tempat lain. Saya tidak akan benarkan perkara ini berlaku, khususnya di kemudahan milik KBS.

“Ada batas dalam kebebasan bersuara. Nak sebarkan dakwah yang boleh ‘membunuh’, cari tempat lain,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya, @SyedSaddiq, semalam.

Syed Saddiq mengulas poster penganjuran seminar realiti vaksin yang dijadual diadakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), di Bandar Tun Razak, Cheras, 19 Mei ini, dengan menampilkan dua panel wanita.

Kenyataan Syed Saddiq disokong kuat pelbagai pihak termasuklah Pengerusi MedTweetMY, Dr Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin dan doktor-doktor yang lain.


MedTweetMy adalah satu pergerakan yang disertai seramai 36 orang doktor daripada pelbagai bidang yang bergiat aktif dalam media sosial bagi menjelaskan sebarang kekeliruan dalam bidang perubatan.

Pelbagai kempen-kempen kesedaran telah dilakukan oleh kerajaan dan pihak NGO untuk menerangkan kepentingan mengambil vaksin di usia muda.