This Is Anfield - Faizal Tahir, Dedikasi Buat Haters Liverpool?


Faizal Tahir


Penyanyi Faizal Tahir memang dikenali sebagai die-fard fan Liverpool. Maka, tidak hairanlah apabila tercetusnya This Is Anfield iaitu sebuah lagu anthem yang dicipta dan dinyanyikan Faizal Tahir buat kelab bola sepak kegemarannya. 

Dah tentulah ramai fans Liverpool di Malaysia yang teruja dengan kemunculan lagu tersebut, siap mahu memviralkannya di seluruh dunia supaya kewujudan lagu tersebut turut diketahui kelab bola sepak Inggeris yang hebat dan legend itu. 

Tidak kurang juga yang mengharapkan agar Faizal Tahir akan berpeluang untuk diundang membawakan lagu ini secara live di Stadium Anfield suatu hari nanti. 

Beberapa fans dari kelab bola sepak Liga Inggeris yang lain turut memuji lagu ciptaan dan nyanyian Faizal Tahir ini. Walaupun komposisi lagu dan penulisan liriknya dianggap simple, tapi ia tetap memiliki semangat padu Liverpool #YNWA. 

Dalam pada itu, ada juga fans yang menganggap bahawa lagu ini dicetuskan khusus buat haters Liverpool. Siapa ek? Hehehehe.. Mestilah musuh tradisi Liverpoolkan? 

Lagu This Is Anfield ini telah dimuatnaik di saluran Youtube Faizal Tahir pada 8 Mei lalu menerusi konsep lirik rasmi dahulu dan menanriknya ia dimuatnaik setelah Liverpool berjaya menewaskan Barcelona dengan gol sebanyak 4-0 alam perlawanan European Cup atau Champions League.