Kempen 515 Unite Day Mobile Legends Lancar Serentak Satu Malaysia


Mobile Legends


By n'geek

Berita baik dan sila ambil perhatian kepada peminat Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)! Arena pertempuran atas talian berbilang pemain mudah alih atau ‘mobile multiplayer online battle arena’ (MOBA), Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) telah pun bermula.

Malaysia adalah antara beberapa negara yang akan melancarkan secara sekaligus kempen 515 Unite Day yang berlangsung selama sebulan mulai 21 April lalu secara serentak di seluruh negari. Dengan catatan angka muat turun melebihi 500 juta dan pengguna aktif seramai 60 juta sebulan di seluruh dunia, MLBB berada pada kedudukan di tangga 10 teratas secara keseluruhan.

Kempen ini terdiri daripada tiga fasa yang akan mempamerkan trend #515Unite dan #MLBB. Fasa pertama dilancarkan menerusi beberapa kaedah untuk mencuri perhatian orang ramai sebelum fasa kedua bermula yang mana memperkenalkan pemain kostum (‘Cosplayers’) menerusi perarakan trak yang dihiasi lampu LED di seluruh negara. Kemuncak dan fasa ketiga yang bermula pada 15 Mei akan dilancarkan dengan penganjuran acara ‘in-game’. Acara ini akan menonjolkan semua hero MLBB yang bersatu semula untuk menyelamatkan dunia.

“Kempen ‘515 Unite Day” menawarkan hadiah lumayan dan  bakal menyatukan pemain dan bukan pemain dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang.


 Kempen 515 Unite akan bermula di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang pada 21 April sebelum diteruskan ke Alor Setar pada 27 April, di Menara Alor Setar-Aman Central.

 Ipoh akan menjadi tuan rumah hentian ketiga pada 1 Mei di AEON Station 18 dan, kemudian kempen itu akan mengorak langkah ke Sunway Pyramid, Selangor pada 4 Mei.

 Domino’s Pizza di Bandar Baru Uda, Johor Bahru akan menjadi tuan rumah kedua akhir pada 11 Mei dan 18 Mei.

 Kempen 515 Unite Day akan berakhir di Fahrenheit 88, Kuala Lumpur. Antara iklan acah yang boleh dijangkakan adalah treler yang ditayangkan di pawagam dan media luar atau media luar rumah (OOH), lagu tema 515 Unite dan pertandingan tarian, hadiah percuma yang terdiri daripada patung kecil dan cenderahati, kad Touch ‘N Go 515 Unite edisi terhad, serta piza percuma dantawaran pizza istimewa oleh Domino’s Pizza Malaysia.

Selain itu, Domino’s Pizza Malaysia akan mengadakan ‘Tawaran Pizza 515’ dengan pelbagai peraduan dan ganjaran yang menarik sepanjang tempoh kempen 515 Unite di semua 238 rangkaiannya di seluruh negara.

Direka oleh Moonton, permainan ini tersenarai sebagai acara berpingat dalam Sukan Asia Tenggara (SEA Games) 2019 yang dijadualkan berlangsung bulan November ini di Filipina. Pada bulan Februari, kolaborasi dengan pasukan bola sepak Perancis popular, Paris Saint-Germain (PSG) telah diumumkan yang mana PSG mengumumkan pasukan Mobile Legends mereka, PSG.RRQ.