Selebriti Kongsi Sambutan Hari Ibu, Ucapan Paling Istimewa Buat Wanita Bergelar Ibu


Selebriti kongsi sambutan Hari Ibu bersama ibu tersayang


By Syafiqah Azman

Sempena Hari Ibu yang diraikan setiap tahun pada bulan Mei, pasti ramai yang berkongsikan kisah pahit manis bersama seorang insan yang bergelar ibu, umi, mama atau apa sahaja gelaran yang diberikan. 

Tidak ketinggalan, terdapat beberapa selebriti Malaysia yang turut menyambut Hari Ibu dengan membuat ucapan istimewa sempena sambutan yang disambut semalam pada 12 Mei (Ahad). 

1. Azhan Rani


Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis dalam drama Nur iaitu Azhan Rani memuat naik satu ucapan istimewa yang dibuat untuk ibu tersayang. 

“Setiap hari adalah hari untukmu…yang tak pernah patah semangat walau apa juga kesusahan dan kesakitan yang aku berikan…” 

2. Nabila Huda 


Aktres Nabila Huda menyambut Hari Ibu buat dirinya yang bergelar seorang ibu kepada Keisha Laila dan memuat naik beberapa foto ‘throwback’ menunjukkan perjalanannya sebagai seorang ibu yang sering sibuk dengan kerja. 

“You remind me of myself when I was young bila Mummy go through hard times pada usia yang muda. I am not a perfect mom….”

3. Fasha Sandha 


Fasha Sandha memuat naik gambar bersama kedua-dua ibu dan mertuanya menyatakan bahawa Hari Ibu adalah hari di mana satu dunia meraikan wanita bergelar ibu. 

“Setiap hari adalah hari ibu…” 

4. Fizo Omar 


Kita sering lihat insan bergelar ibu ni gembira tersenyum, namun tiada siapa tahu segala rintangan dan pengorbanan seorang ibu lakukan terhadap anaknya. 

“Rasa bersyukur apabila Allah SWT izinkan kami berjaya dan buat mama melihat sendiri,” – Fizo Omar 

5. Nora Danish 


Siapa yang tidak kenal dengan aktres Nora Danish ni kan? Nora turut tidak melepaskan peluang berkongsi perasaan menyambut sambutan Hari Ibu sedunia itu. 

“My mother is my strength, my soulmate, my friend and my EVERYTHING.” 

Ibu adalah segala-galanya, betul tak? 

6. Datuk Seri Siti Nurhaliza


Penyanyi No 1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini sudah pun bergelar ibu kepada puterinya, Siti Aafiyah menyambut Hari Ibu tahun ini dengan rasa kesyukuran. 

“Apapun panggilannya ia membawa maksud yang sama, Selamat Hari Ibu.” 

Tak kisah la kita panggil ibu kita umi ke, mama, bonda tetapi peranan mereka dan pengorbanan mereka sudah semesti tiada nilainya, kan? 

7. Dr. Sheikh Muszaphar


Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi bahawa seorang ibu itu tidak pernah sesekali merungut dalam membesarkan anak-anaknya dan keluarga. 

“You raised 5 boys and never once complained…” 

8. Yuna 


Penyanyi yang sudah pun menempa nama di peringkat antarabangsa, Yunalis Zarai atau pun Yuna memuat naik foto lama ibunya dengan berkata bahawa hidup berjauhan bersama insan bergelar ibu adalah salah satu perkara yang sukar buat dirinya. 

“You are my inspiration and the true queen of all 7 kingdoms!” 

9. Janna Nick 


Pengacara dan pelakon jelita, Janna Nick memuat naik foto bersama ibunya yang memang saling tak tumpah irasnya dengan Janna sendiri. 

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? 

“What I treasure most!” 

Buat semua wanita yang bergelar ibu, mak, bonda, umi, mama, mummy atau apa sahaja gelaran, Selamat Hari Ibu buat anda semua! Tiada yang lebih besar darjatnya daripada seorang ibu yang melahirkan dan menjaga kita dari kecil sehingga dewasa.