Belajar memandu pun kena gangguan seksual!


Kes gangguan seksual di sekolah memandu bukan pertama kali dilaporkan - Gambar sekadar hiasan


By Nadhirah Sofea Rashid

Seorang ibu berkongsi insiden hitam yang berlaku kepada anaknya apabila menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang guru memandu.

Melalui Twitter, wanita itu berkata dia menghantar anaknya ke sekolah memandu tetapi sebaik pulang daripada kelas, anaknya mengadu guru tersebut telah melakukan gangguan seksual.


Ibu mangsa menyatakan bahawa kejadian ini berlaku ketika mereka dalam sesi pembelajaran memandu dari Cheras ke Setapak.

Lelaki tersebut dikatakan mula berkelakuan tidak sopan apabila dia menunjukkan video dan gambar yang tidak senonoh kepada mangsa.

Walaupun mangsa sudah menunjukkan reaksi tidak selesa dan marah, guru memandu tersebut terus berkelakuan tidak senonoh serta menepuk paha mangsa.

Rata-rata netizen turut bengang dengan kelakuan lelaki tersebut dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama. 





Kejadian ini bukan pertama kali, malah dah berkali-kali berlaku!

Mungkin sudah tiba masanya untuk menapis guru-guru memandu yang ada.