Luahan Buat Keisha Laila, Nabila Huda Akui A Bad Mom!


Nabila Huda buat ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran puterinya, Keisha Laila


By Syafiqah Azman

Aktres Nabila Huda kongsi rasa gembira dan syukurnya kerana dikurniakan seorang anak yang sering memahami akan karier seninya iaitu Keisha Laila yang kini berusia 9 tahun. 


Menerusi media sosial Instagram, Nabila atau nama sebenar Nabila Huda Suhaimi, 34, memuat naik beberapa foto lama bersama Keisha semalam (Ahad) bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak tunggalnya serta Hari Ibu. 

“Ramai yang mengata di belakang saya dan cerita yang saya adalah ibu yang tidak baik, tak pandai jaga Keisha dan pengaruh ibu yang tidak baik,” tulis Nabila. 

Tambahnya lagi, dia yang akur mengenai tanggungjawab yang harus digalasnya ketika usia muda menjadikan dia seorang ibu yang tidak sempurna, namun anaknya mengubah dirinya menjadi lebih matang. 

“Mummy tak boleh bayangkan hidup tanpa Keisha tapi mummy dah bersedia kalau Keisha hilang dalam hidup mummy sebab mummy tahu satu hari nanti Keisha akan kejar cita-cita Keisha,” luahnya lagi. 

Ibu mana je nak anak dia membesar dengan cepat dan tinggalkan mereka kan? Tapi sebagai seorang ibu juga, mereka sering inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka pada masa akan datang. 


Nabila turut akui bahawa karier seninya membuatkan dia sering tiada di rumah dan meluangkan masa bersama puterinya itu. 

Anak kepada vokalis kumpulan Search ini berkahwin dengan Zaidi Zailani pada 6 Disember 2008 namun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga 2011. 

Hasil daripada perkahwinan tersebut, Nabila dan Zaidi dikurniakan,  Keisha Laila. 

Pelakon filem Munafik ini juga sering berpesan kepada anaknya tentang hubunganya  bersama bekas suaminya iaitu bapa Keisha.