Curang Lagi...Kini Gadis 17 Tahun Pula Jadi Kekasih Aliff Aziz?


Aliff Aziz dikatakan curang lagi apabila gambar bersama seorang wanita viral di media sosial


By Syafiqah Azman

Aik, baru semalam ada perkembangan terbaru pelakon seorang ni, tup tup ada kes lagi? Tapi betul ke? Tak serik lagi atau macam mana? 

BACA: Dua Bulan 'Menghilang', Aliff Aziz Kembali di Sosial Media, Ibu Titip Pesanan


Terbaru, viral di media sosial Twitter, mengenai dakwaan salah seorang pengguna dengan nama @niairwan7 tentang pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz telah berlaku curang sekali lagi bersama seorang wanita bernama @nismelll_ (Instagram) yang dikatakan baru sahaja berumur 17 tahun.   


Posting yang dimuat naik oleh pengguna tersebut menunjukkan Aliff tidak berbaju bersama wanita tersebut berpakaian ‘singlet’ hitam. 

“Omg sesiapa yang tahu mengenai perkara ini tolong bagitahu. Nak tahu,” tulis Nia dalam posting yang sama. 


Sambungnya lagi, dia memohon maaf kerana membuka aib lelaki tersebut namun dia menyatakan bahawa Aliff tidak seharusnya melakukan kesalahan yang sama ke atas isterinya iaitu Bella Astillah. 

Salah satu paparan skrin video turut dikepilkan sekali di dalam posting tersebut menunjukkan mesej daripada Bella mengenai perkara tersebut. 

“Awak lakukan perkara yang betul dengan memberitahu saya mengenai hal ini, dan Insya Allah, Allah SWT akan membantu awak,” kata Bella menerusi mesej suara yang dihantar melalui aplikasi Instagram itu. 


Kalau betul ia fitnah, Aliff perlu tampil dan bersihkan namanya. Tapi kalau betul ia fitnah dan perkara tersebut sudah pun berlaku lama, takkan foto tersebut menunjukkan Alif pakai ‘braces’ atau pendakap gigi di mana dia baru sahaja pakai beberapa hari lepas, ye dak?

“Sekali penipu, selamanya akan jadi penipu. Orang kalau dah biasa pasang niat nak perempuan lain, memang akan curang dan lakukan perkara yang sama berulang kali,” sambung pengguna Twitter tersebut. 

Rata-rata netizen mengecam dan bengang terhadap tindakan Aliff yang masih lagi tidak berubah dan melakukan perkara yang sama walaupun sekarang adalah bulan Ramadhan. 


Pada Februari lalu, isteri kepada penyanyi Sayang Sayang, Bella telah mendedahkan kecurangan yang dilakukan oleh Aliff apabila dia menjalinkan hubungan bersama dengan seorang pelakon Oktovia Manrose. 

BACA: "Aliff buat hal lagi..." - Bella Astillah

BACA: Ibu Aliff Aziz Tak Memihak Menantu, Sindir Bella 

BACA: Aliff Aziz Padam Gambar Bella Astillah di Instagram, Apa Kes?

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.