Jason Mraz Bersama Aizat Amdan Kayuh Basikal Untuk Hiburkan Kanak-Kanak Orang Asli


Penyanyi, Jason Mraz bersama Aizat Amdan hiburkan kanak-kanak istimewa


By Syafiqah Azman

Penyanyi antarabangsa Jason Mraz bersama dengan penyanyi serta komposer, Aizat Amdan bersama-sama dalam menghiburkan kanak-kanak Orang Asli ketika sidang media mengenai Konsert Good Vibes Tour 2019 yang berlangsung semalam di Axiata Arena, Bukit Jalil. 


Atas kolabarasi Warner Music Malaysia bersama Biji-Biji dan SOLS.ai (of SOLS 24/7), Jason, 41, bersama Aizat, 30, mengambil peluang keemasan ini dalam sesi ‘Energy Playground’ dan beramah mesra bersama dengan kanak-kanak istimewa. 

Bagi mereka yang tidak tahu, ‘Energy Playrgound’ ini merupakan satu inisiatif daripada Biji-Biji dalam menjadikan sebuah basikal sebagai sumber untuk penjanaan kuasa elektrik. 


Basikal yang ditempah khas bersempena dengan tema album Jason sendiri, telah disediakan bagi membolehkan Jason melakukan aktiviti mengayuh basikal tersebut untuk menjana elektrik kepada mikrofonnya. 

Nampak macam ‘fun’ dan ‘happening’ kan? Tak pernah terbayang seorang penyanyi kena mengayuh basikal untuk menjana kuasa elektrik mikrofonnya dan menyanyi! Idea yang menarik! 


Jason bersama dengan Aizat telah mengayuh bersama dan menyanyikan salah satu lagu popular Jason iaitu ‘I am Yours’ bersama dengan 10 orang kanak-kanak istimewa yang bertuah. 

Apa pun tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan konsert ini dan juga bagi pelaksanaan idea kepada penjanaan kuasa dengan hanya menggunakan basikal ini. 

Tahniah juga diucapkan buat Aizat kerana berkongsi pentas yang sama dengan penyanyi antarabangsa, Jason Mraz dalam menjayakan konsert semalam.  

Siapa yang pergi tu, macam mana, best tak?