Nabila Huda dan Anak Masak Untuk Satu Kampung, Buat Kerja Amal


Pelakon, Nabila Huda bersama anaknya, Keisha Laila pergi Cambodia untuk bantu golongan susah


By Syafiqah Azman

Aktres terkenal Nabila Huda kini berada di Cambodia bersama anak perempuannya, Keisha Laila bagi melakukan kerja amal dengan bersedekah kepada golongan fakir miskin di sana. 

BACA: Luahan Buat Keisha Laila, Nabila Huda Akui A Bad Mom! 

Menerusi media sosial Instagram, Nabila atau nama sebenar Nabila Huda Suhaimi, 34, memuat naik beberapa video di Instagram story berkongsi mengenai keinginan puterinya yang inginkan percutian sambil membantu golongan susah. 

“Ini adalah birthday present Keisha, dan saya plan sendiri percutian ni tapi percutian yang berbeza dengan sebelumnya. Dan kami akan membantu golongan fakir miskin, orang susah di kawasan Phnom Penh,” katanya menerusi video tersebut. 


Oleh kerana terdapat sedikit masalah pada saat-saat akhir, suami kepada pelakon tersebut, Mohd Izwan Johar tidak dapat mengikuti rombongan tersebut dan terpaksa tinggal di Kuala Lumpur. 

“I cakap dengan suami, dia kena stay dan settlekan barang yang tidak boleh dibawa ke sana dan kitaorang chow dulu,” tulisnya.  

Tambahnya lagi, ketiadaan suaminya membuatkan dia agak sedikit kalut kerana memikirkan siapa yang ingin memandu selama 4 jam perjalanan untuk sampai ke kawasan kampung tersebut. 

“Dalam otak fikir boleh ke kami 4 perempuan ni survive drive 4 jam nak ke kampung tu waktu malam. Scary jugak! Tapi I cakap dengan diorang semua, it’s okay positif! Kita boleh buat ni, girl power,” jelasnya.


Sementara itu, Nabila turut sempat memuat naik satu foto bersama Keisha di Cambodia dan menjelaskan bahawa anaknya itu sendiri yang ingin memasak juadah berbuka buat penduduk kampung tersebut. 

“Alala anak mummy ni, good girl la dia ni nak masak untuk orang kampung sempena birthday month dia,” tulisnya. 

Bagus betul ya Keisha ni! Alhamdulilah, semoga sikap sebegini dapat dicontohi oleh kanak-kanak yang lain di luar sana. 

Apa pun, kita doakan segala urusan buat Nabila dan Keisha serta mereka yang terlibat dipermudahkan dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi mereka ni semua, betul tak?