Kaka Azraff Hamil, Suami Mula Berhenti Merokok


Kaka Azraff akui diri kini sudah berbadan dua


By Syafiqah Azman

Segala teka teki mengenai berita kehamilan seorang penyanyi ini akhirnya terjawab apabila empunya badan sendiri mengesahkan hal tersebut. 

Penyanyi, Kaka Azraff berkongsi berita gembira apabila dia mengumumkan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua.

“Alhamdulilah Kaka sekarang dalam keadaan berbadan dua dan kandungan sudah mencecah empat bulan,” katanya. 

Berkongsikan mengenai momen indah tersebut, Kaka sendiri tidak menyangka bahawa rezeki yang diberikan Allah SWT secepat ini dan berasa sangat teruja. 


“Saya tak sedar saya sendiri mengandung, jadi satu hari tu saja ambil ‘pregnancy test’ suka-suka dan Alhamdulilah ujian tersebut positif yang saya mengandung,” tambahnya lagi. 

Kaka ditemui di satu sesi sidang media mengenai pelancaran muzik video Seloka Raya dibawah Warner Musics Malaysia di Hotel Royal, Kuala Lumpur semalam. 

Jelas Kaka, dia tiada sebarang niat untuk menyembunyikan berita gembira ini daripada mana-mana pihak akan tetapi dia perlu menghormati permintaan keluarganya sendiri serta meminta pengesahan daripada doktor. 


“Kalau boleh Kaka nak kongsi berita ini secepat mungkin tapi atas permintaan suami dan kandungan Kaka yang masih baharu, Kaka perlu tunggu masa yang sesuai. 

“Masa awal-awal kandungan dulu, Kaka memang tak boleh bau badan suami lagi pula dia merokok. Tapi Alhamdulilah, Adam sangat membantu jadi dia pun sekarang sudah mula berhenti merokok dua bulan lalu,” jelas Kaka apabila ditanya mengenai sebarang alahan yang dialami. 

Biasalah ibu mengandung ni memang sensitif sikit dengan bau-bau yang tidak menyenangkan. Lagi satu pembawakkan budakkan, jadi perlu sentiasa sabar dan selalu memberikan dokongan buat isteri, ye dak? 

Dalam pada itu, Kaka turut menyatakan bahawa dia dan suami masih lagi tidak mengetahui  jantina bayi di dalam kandungan. 

“Kaka masih lagi berteka-teki dan tidak tahu lagi jantina dalam kandungan, tetapi Kaka dan suami tak kisah. Asalkan anak yang bakal dilahirkan ini sihat, selamat dan jadi anak yang soleh atau solehah pun Kaka dah bersyukur,” katanya. 


Kaka dan Adam Azriff, 25, mendirikan rumah tangga pada 14 Disember lalu. 

BACA: Lepas Tunang, Kaka Azraff Sah Jadi Isteri Adam Azriff Jumaat Lalu

Bulan April lalu, penyanyi lagu Bukan Hal Aku itu menafikan sebarang dakwaan bahawa dirinya sedang hamil apabila diminta untuk mengulas desas-desus mengenai kehamilannya. 

Apa pun, tahniah diucapkan buat Kaka dan suami, semoga segalanya dipermudahkan, Insya Allah.