Bella Astillah Bersedia Hidup Tanpa Aliff Aziz Demi Kebaikan Anak


Bella Astillah nekad ingin teruskan hidup tanpa Aliff demi kebaikan anak lelakinya


By Syafiqah Azman

Setelah episod dicurangi buat kali yang ketiga, isteri kepada pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz, iaitu Bella Astillah telah membuat keputusan untuk meneruskan hidupnya tanpa suami. 

BACA: Curang Lagi...Kini Gadis 17 Tahun Pula Jadi Kekasih Aliff Aziz?

Perkongsian tersebut dikongsi menerusi media sosial Instagram dan juga Twitter miliknya. 

Bella atau nama sebenar Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 25, memuat naik satu posting di Instagram menunjukkan foto bersama anak lelakinya, Mohamad Ayden Adrean. 


“Ia telah memberi kesan kepada saya keseluruhannya dari segi mental dan fizikal, dan saya telah nekad dengan keputusan saya bahawa saya akan meneruskan hidup tanpa Aliff demi kebaikan anak saya,” tulisnya di ruangan kapsyen. 

Terkesan dengan berita kecurangan yang dilakukan  suaminya semalam, Bella telah pun membuat keputusan untuk tidak lagi bersama Aliff demi memberikan hidup yang terbaik buat anaknya. 


“Saya sangat menghargai jika anda semua berhenti menghantar dms, menelefon ataupun menghantar kiriman mesej untuk bercakap mengenai isu ini. 

“Saya telah pun berkongsi kenyataan dari pihak saya, dan saya harap anda hormati keputusan ini dan memberikan saya masa sementara saya hadapi waktu paling sukar dalam hidup saya,” tambahnya lagi. 

Rata-rata netizen meninggalkan komen dengan memberikan sokongan dan kata-kata positif buat Bella serta anaknya. 

"Be strong Bella, semoga Allah melindungi Bella dan anak Ayden," tulis salah seorang netizen. 

Terdahulu, Bella menjawab persoalan orang ramai mengenai status rumah tangganya bersama Aliff dan menafikan ingin berpisah kerana enggan anaknya hidup tanpa ayah. 

BACA: "Tidak mahu anak hidup tanpa ayah" - Bella Astillah Jawab Status Rumah Tangga

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz kembali dengan kes kecurangannya buat kali ketiga apabila gambar miripnya berswafoto bersama seorang gadis berumur 17 tahun tular di media sosial semalam. 


Selain foto tersebut, satu live video turut tular menunjukan Aliff bersama dengan gadis berkenaan yang dikenali dengan panggilan Nismel. 

Susulan daripada penularan foto tersebut, ruangan komen di Instagram milik Aliff Aziz menjadi sasaran luahan kemarahan netizen apabila rata-rata mengecam tindakannya yang dikatakan sudah keterlaluan itu. 

Siapa sahaja yang tidak sakit hatikan dengan perangai sama dan tidak mahu langsung berubah demi keluarga? Kalau lama-lama pun boleh jemu, ye dak? 

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dari pihak Aliff sendiri mengenai isu kecurangannya yang terbaru ini. 

Pada Julai 2017, Aliff mengejutkan industri hiburan apabila dikatakan berlaku curang bersama seorang pelakon iaitu Afifah Nasir yang merupakan adik kepada Anzalna Nasir. 

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.