Fizz Fairuz Mohon Pos Laju Malaysia Respect Barang Orang!


Fizz Fairuz


Rasanya bukan pertama kali netizen komplen pasal mutu perkhidmatan Pos Laju Malaysia. Kalau tak pasal barang lambat sampai, pasal barang tak sampai-sampai pun ada. 

Terbaru pelakon Datuk Fizz Fairuz telah memuatnaik posting Instagram yang ditujukan khas buat Pos Laju Malaysia. Aik suspen nih...Pasal apa pulak nih? 

Rupa-rupanya ia berkenaan dengan Sambal Mak Nenek iaitu Sambal Tempoyak Petai Ikan bilis yang kini banyak menerima tempahan daripada pelanggan. 

"Kepada Pos Laju Malaysia, tolonglah appreciate orang punya barang. Tolonglah jangan barang. Kita hantar barang kepada customer...tapi custome dapat barang tuh dah pecah.  Kalau barang tidak dicampak atau dilempar, tentu tidak akan jadi masalah," kata Fizz Fairuz. 



Jelas Fizz lagi, kesemua barangan Sambal Mak Nenek yang dihantar kepada pelanggan telah pun dibalut kemas dan berada di dalaam keadaan yang bersih. 

"Tapi bila customer dapat barang tuh (hantar menerusi Pos Laju), barang tuh pecah. Saya harap sangat agar Pos Laju Malaysia dapat menjaga barang orang dengan baik. 

"Tidak kisahlah barang siapa pun, bukan barang saya sahaja, tapi janganlah main campak-campak. Ini bukanlah kali pertama perkara seumpama ini berlaku kepada saya. Dah banyak kali. 

"Bila pecah, adakah Pos Laju Malaysia nak bayar ganti rugi? Saya harap Pos Laju Malaysia akan dapat memahami hal ini dan akan dapat menghargai barang-barang orang," katanya.