Pembantu rumah diikat di bawah terik matahari


Lovely diikat pada pokok di bawah cahaya matahari yang panas - Gambar Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Nasib malang menimpa seorang pembantu rumah warga Filipina yang didenda dengan diikat di pokok oleh majikannya kerana melakukan kesalahan meletakkan perabot di luar rumah di Riyadh, Arab Saudi. 

Seolah-oleh tidak berperkemanusian apabila majikan Lovely Acosta Baruelo, 26, menghukumnya di bawah matahari yang panas hanya kerana sebuah perabot.

Alasan yang dipakai oleh majikannya itu adalah ia satu pengajaran buat Lovely selepas dia dikatakan meletakkan sebuah perabot mewah di luar rumah dan terkena cahaya matahari.

Perabot mewah tersebut dikatakan tidak boleh terkena cahaya matahari kerana ia  dapat merosakkan kualitinya. 

Oleh yang demikian, majikan menghukumnya untuk mengajar kesan pendedahan cahaya matahari yang panas.

Pictures appeared to show the maid tied to the tree in the courtyard of an opulent house in Riyadh

Lovely yang merupakan ibu kepada dua orang anak dilaporkan baru beberapa bulan bekerja dengan keluarga kaya raya itu.

Gambar Lovely yang diikat tersebar luas apabila seorang lagi pekerja, juga seorang warga Filipina, menyebarkan gambar itu di media sosial.

Menurut laporan Dailymail, Kementerian Luar Negeri Filipina yang peka dengan kejadian itu, berjaya membebaskan Lovely daripada cengkaman majikannya dan membawa pulangnya ke pangkuan anaknya. 

Lovely yang kini bersama keluarganya di La Union, Filipina, berterima kasih kepada mereka yang membantunya.

"Saya juga mahu warga Filipina yang masih berada di sana diberikan bantuan. Saya risau akan keselamatan mereka," ujar Lovely.

Dia juga berkata gaji mereka sering dipotong oleh majikan dan mereka sering dimarahi.

Penderaan terhadap pembantu rumah ini bukan saja berlaku di Arab Saudi. Malah, ia berlaku hampir di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ada yang sehingga meninggal dunia.

Entah apa dosa mereka sehingga diperlakukan sebegini.