Polis kongsi panduan Facebook Dating


Gambar daripada Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Facebook kini telah berevolusi dan penggunanya kini boleh mencari pasangan online melalui Facebook Dating.

Boleh dikatakan umpama Tinderlah...

Dalam ia menjadi perbualan hangat di antara netizen, Polis Diraja Malaysia pun mengeluarkan panduan keselamatan menggunakan Facebook Dating.

Panduan ini diwujudkan supaya individu yang menggunakan ciri ini tidak terpedaya dengan jenayah yang boleh dilakukan melaluinya. 

Antara panduannya adalah: 

1. Jangan dedahkan nama penuh, maklumat kewangan, alamat, nombor telefon, tempat bekerja atau apa-apa sahaja informasi semasa anda sedang berbual dengan seseorang yang baharu dikenali. Halang atau lapor segera sekiranya terdapat individu yang meminta maklumat peribadi anda.

2. Abaikan permintaan sesiapa yang minta wang atau bantuan derma.

3. Jangan terlalu mempercayai maklumat yang dipaparkan oleh mana-mana individu di profil Facebook Dating. Selidik terlebih dahulu latar belakang mereka sekiranya bercadang untuk bersemuka.

4. Maklumkan kepada keluarga atau kenalan mengenai perancangan janji temu anda dengan lokasi dan masa anda akan pulang semula ke rumah.

5. Elakkan bertemu janji di kawasan yang sunyi. Sebaiknya di kawasan terbuka dan di khalayak ramai.

6. Sekiranya dari awal lagi anda berasa tidak selesa atau selamat untuk berjumpa dengan individu berkenaan, batalkan sahaja niat itu! Gerak hati kadang kala mampu menyelamatkan kita.

Buat anda yang ingin mengguna ciri terbaharu Facebook ini, pastikan anda baca dulu panduan yang disediakan ini.

Bukan sahaja berguna untuk Facebook Dating tapi untuk aplikasi mencari jodoh yang lain pun boleh!

Selamat mencuba!