Nabila Huda Bantu Kanak-Kanak Susah Cambodia, Tidak Kisah Berjangkit Kutu


Nabila Huda balas komen cakap tidak kisah berjangkit kutu


By Syafiqah Azman

Kalau ada sesetengah orang geli atau pun tidak mampu membuat kerja-kerja kotor, ye dak? Tetapi bukan anak kepada seorang vokalis Search ini yang memang terkenal dengan sikap selamba dan prihatinnya. 

BACA: Nabila Huda dan Anak Masak Untuk Satu Kampung, Buat Kerja Amal

Nabila Huda yang kini berada di Cambodia bagi membantu golongan fakir miskin di sana membuat satu aktiviti di mana dia bersama anak perempuannya, Keisha Laila serta rakan-rakannya telah menyapu ubat kutu buat kanak-kanak di sana. 


Menerusi media sosial Instagram, Nabila telah memuat naik sebuah video memaparkan situasi di mana mereka semua membantu menyapukan ubat kutu di kepala kanak-kanak tersebut. 

“Dalam rambut dorang ada macam-macam guys! Pasir la, mak bapak kutu, kulit kerang pun ada tau,” tulis Nabila di ruangan kapsyen video tersebut. 

Namun, apa yang menjadi tanda tanya apabila Nabila kelihatan selamba menyapu ubat tersebut tanpa memakai sebarang apron ataupun penutup kepala…yelah kutu ni kan senang hinggap dan terbang kan? Tak takut berjangkit ke? 


Salah seorang netizen menegur Nabila agar mengenakan apron dan juga penutup kepala sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak berjangkit di kemudian hari. 

Tetapi apa yang menariknya adalah jawapan daripada Nabila sendiri. 

“Macam saya cakap, tidak mengapa. Saya tak kisah kutu kena kat saya sebab saya boleh letak ubat bila-bila masa. Terima kasih atas keprihatinan anda,” balasnya. 

Mana nak cari aktres yang sanggup lakukan perkara sebegini selain dari Nabila ni! Memang sempoi habis! 


Tidak ketinggalan pelakon Catriona Ross turut memuji sikap Keisha apabila dia tampak senang membantu ibunya dan melakukan aktiviti tersebut bersama kanak-kanak yang kelihatan sebaya dengannya. 

“Kesian budak-budak ni, I bangga tengok Keisha pandai kawal situasi dekat situ. Dah besar dah Keisha,” tulis Catriona. 


Bagi kanak-kanak seusia Keisha di mana kini berusia 9 tahun, dia tampak matang dan rajin membantu Nabila dalam urusan sebegini. Mana nak carikan? Budak sekarang kebanyakannya tahu TikTok sahaja…..

Apa pun, buat Nabila sekeluarga dan juga rakan-rakannya, tahniah dan semoga dengan cara begini dapat memberi contoh kepada selebriti yang lain untuk membantu golongan-golongan asnaf serta fakir miskin ini, Insya Allah.